Jordan Mintah Bawa Anak Yatim Beli Pakaian Raya

Jordan Mintah Anak Yatim

Jordan Mintah Bawa Anak Yatim Beli Pakaian Raya

KUALA TERENGGANU, 18 April (Bernama) — Perbezaan agama tidak jadi halangan bagi pemain bola sepak Terengganu FC (TFC), Jordan Mintah untuk membantu kanak-kanak yang kurang berkemampuan membuat persiapan hari raya.

Malah penyerang berusia 28 tahun yang beragama Kristian itu, berbangga kerana dapat membantu kanak-kanak berkenaan agar dapat meraikan Aidilfitri dengan gembira sama seperti rakan mereka yang lebih bernasib baik.

Menurut Mintah beliau bersama rakannya telah membawa 10 anak yatim dari Kampung Gong Kapas, di sini ke sebuah pusat beli-belah untuk memilih sendiri pakaian raya yang disukai.

“Tahun ini saya rancang membawa beberapa kanak-kanak yang memerlukan untuk membeli pakaian raya. Saya mahu kanak-kanak kurang bernasib baik ini gembira dan rasa disayangi.

“Kadangkala apabila kita berdoa, kita tahu Tuhan akan beri kita petunjuk untuk melakukan sesuatu yang baik. Jadi, jika saya dapat petunjuk yang menyentuh hati ini, saya perlu lakukan,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

BACA JUGA: Masih Bermain Bola Sehingga 1:30 Pagi, ‘Minah Saleh’ Terkejut Tengok Cara Hidup Orang Malaysia

Pemain kelahiran Ghana itu berkata beliau tidak kekok atau berasa terasing berada dalam masyarakat berlainan agama kerana mempunyai ramai rakan beragama Islam.

Malah beliau turut berpuasa dan meraikan Aidilfitri bersama keluarga angkatnya di Kuala Terengganu.

Menurut Mintah beliau juga memiliki beberapa pasang baju Melayu yang dihadiahkan oleh peminat dan rakannya.

“Saya sentiasa meraikan hari raya di Terengganu. Sudah tiga tahun dan ini masuk yang keempat.

“Saya bukan jenis yang suka keluar lepak. Jadi, pada hari raya saya akan luangkan masa bersama keluarga…buat panggilan video dan tidur,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Jordan Mintah Bawa Anak Yatim Beli Pakaian Raya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*