Lelaki Ajar Cara Bersihkan Ketam Yang Betul, Elak Terkena Keracunan Makanan

cara bersihkan ketam betul

Lelaki Ajar Cara Bersihkan Ketam Yang Betul, Elak Terkena Keracunan Makanan

Ketam merupakan binatang laut yang sangat digemari ramai selain daripada udang. Apabila tiba musim ketam, ramai yang berpusu-pusu membelinya untuk memasak hidangan kegemaran.

Pun begitu, tidak semua mahir dalam membersihkan ketam kerana tidak mengetahui cara yang sebenar.

Oleh yang demikian, ikuti cara yang ditunjukkan oleh pengguna TikTok @ezzuchang supaya dapat mengelakkan keracunan makanan.

Barang-barang yang diperlukan untuk mencuci ketam ialah tukul kecil, berus dan gunting.

Untuk mematikan ketam tersebut, perkara yang dilakukan adalah untuk memotong segala getah atau tali yang diikat pada ketam tersebut.

Kredit: @ezzuchang/TikTok

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah untuk mencari bahagian bawah ketam yang mempunyai bentuk seperti segi tiga.

Kemudian cucuk gunting atau pisau pada bahagian tersebut dan tidak lama selepas itu ketam akan mula tidak bergerak.

BACA: Tuduhan Fitnah: Shuib Berlapang Dada Maafkan Pelaku

Cara-cara bersihkan dan siang ketam

Pertama sekali, terbalikkan ketam dan cari bahagian segi tiga tadi, tarik dari bahagian mata ketam kemudian pisahkan dari badan binatang itu.

Seterusnya, bersihkan bahagian yang dipisahkan itu menggunakan berus dengan berhati hati tanpa membuang telurnya.

Bahagian tersebut mempunyai banyak lumpur dan lendir yang terlekat membuatkan ia sangat kotor.

Kredit: @ezzuchang/TikTok

Menurutnya, apabila mengendalikan ketam, kita perlu berhati-hati kerana binatang tersebut pandai ‘berlakon’, menunjukkan dia sudah tidak bernyawa.

Akan tetapi, ia akan bergerak semula apabila dipegang dan menyepit sekuat hati kepada mereka yang sedang membersihkannya.

Langkah seterusnya adalah memotong kaki ketam supaya binatang itu tidak dapat menggunakannya dengan menyepit manusia apabila ia ‘bernyawa’ semula.

Orang ramai juga diminta untuk membuang mulut ketam dan juga insang yang berada di badan haiwan itu.

Jelasnya, ia perlu dibuang lebih-lebih lagi insang kerana bahagian itu tidaklah sedap seperti yang dikatakan orang ramai namun boleh mendatangkan penyakit seperti keracunan makanan.

“Apabila tarik di bahagian tiga segi daripada mulut, akan terjumpa satu kantung dan itu merupakan bahagian yang paling kotor.

“Kantung itu tempat sisa-sisa yang disimpan ketam. Ini adalah benda yang paling kotor sekali dan perlu dibuang,” jelasnya sambil menunjukkan kekotoran yang berada dalam kantung itu.

Kredit: @ezzuchang/TikTok

Selepas selesai membuang kantung itu, langkah seterusnya adalah untuk membersihkan di bahagian badan ketam menggunakan berus.

“Kotorkan, kalau berus akan jadi bersih. Nampak dia akan jadi putih. Di bahagian kaki pun berus sehingga di bahagian tiga segi binatang itu,” tambahnya.

Dalam pada itu, potong penghujung kaki ketam kerana bahagian tersebut tidak mempunyai isi dan potongnya di bahagian tengah.

Tidak lupa juga bahagian kaki yang dipotong itu, bersihkan dengan berus dan pukul menggunakan tukul supaya mudah untuk dibuka.

Langkah yang terakhir adalah menabur tepung jagung dan kemudian boleh menggoreng ketam tersebut.

Saksikan video penuh di bawah ini.

@ezzuchang

Replying to @Hazrin Empire Cara-cara dan Tips Siang dan Bersihkan Ketam Dengan Betul. Tengok Sampai Habis Kalau Tak Nak KERACUNAN Makanan! #fyp #foryoupage #ezzuchang #foryourpage #tiktokguru #oppazuzu #streetfood #chinesefood #fattycrab #fattycrab🦀

♬ Saat Kau Pergi – Sad Song

Sumber: @ezzuchang/TikTok

The post Lelaki Ajar Cara Bersihkan Ketam Yang Betul, Elak Terkena Keracunan Makanan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*