Jumlah Mangsa Meningkat Sedikit Di Pahang, Kelantan Dan Johor Kekal – NADMA

Mangsa Meningkat pahang

Jumlah Mangsa Meningkat Sedikit Di Pahang, Kelantan Dan Johor Kekal – NADMA

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) — Jumlah mangsa banjir di tiga negeri meningkat sedikit kepada 80 orang di empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 6 pagi ini, berbanding 70 orang di tiga PPS tengah malam tadi.

Berdasarkan laporan terkini kejadian banjir di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), di Pahang, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 29 orang yang berlindung di dua PPS di Maran dan Temerloh berbanding 19 orang di satu PPS di Maran tengah malam tadi.

Di Kelantan, bilangan mangsa banjir kekal 26 orang di sebuah PPS di Pasir Mas manakala di Johor, jumlah mangsa tidak berubah dengan 25 orang yang berlindung di sebuah PPS di Segamat.

Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati dua sungai berada pada paras bahaya meliputi Sungai Golok di Pasir Mas, Kelantan yang merekodkan 9.01 meter (m) dengan trend menurun dan Sungai Arau di Arau, Perlis (24.3m dengan trend meningkat).

Laporan itu juga menyatakan terdapat 26 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak atau runtuh dan akibat tanah runtuh.

Jalan terlibat antaranya Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang-Gerik-Jeli di Hulu Perak, Perak, Jalan Kota Tinggi-Kluang di Kluang, Johor, Jalan Bukit Kayu Hitam-Bukit Tangga-Sintok di Kubang Pasu, Kedah dan Jalan Temerloh-Jerantut di Pahang.

BACA: Enam Terkorban Akibat Gempa Bumi Di Jepun

Sumber: Bernama

The post Jumlah Mangsa Meningkat Sedikit Di Pahang, Kelantan Dan Johor Kekal – NADMA appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*