“Lain Macam Pelaris Dia”, Anak Muda Bawa Kelainan Menari Zapin Sambil Berniaga

anak muda menari zapin

“Lain Macam Pelaris Dia”, Anak Muda Bawa Kelainan Menari Zapin Sambil Berniaga

Mencari sesuap nasi atau nafkah bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi sekarang semakin ramai pesaing dalam Industri Kecil Sederhana (IKS).

Situasi ini kita dapat lihat sendiri di tapak-tapak pasar dan bahu jalan dipenuhi dengan peniaga-peniaga kecil yang gigih menjual produk dan makanan mereka.

Antara benda yang sering dijual oleh peniaga termasuklah kuih-muih, air, jajan, manisan dan banyak lagi.

Disebabkan lambakan jualan sebegini, ada sesetengah peniaga mengambil inisiatif untuk tampil berbeza di khalayak ramai bagi mempromosikan jualan mereka seperti mencipta nama gerai atau makanan yang unik, resipi dan banyak lagi.

Perkara yang sama juga ditampilkan oleh sebuah gerai makanan apabila mereka menarik perhatian ramai hingga tular di media sosial baru-baru ini.

Berniaga sambil menari

Menariknya, sekumpulan anak muda menjalankan perniagaan sambil menari tarian dari negeri Johor, Zapin di sebuah tapak festival.

Lebih menarik lagi, mereka menari sambil lengkap memakai pakaian berwarna hitam, apron dan sarung tangan plastik.  Tarian yang penuh tenaga itu nyata memukau orang ramai.

Bukan takat zapin, dah macam “K-pop” pun ada

Selain itu, dalam klip tular di platform TikTok @sybiljmian, gerai berkenaan juga mencuri perhatian orang awam apabila para peniaga berniaga sambil menari.

Gambar: TikTok @sybiljmian

BACA: “Jalan Menuju Healing”, Pemuda Terkejut Google Map Bawa Laluan Terus Masuk Laut

“Lain macam pelaris dia”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji dan berseloroh tentang keunikan yang dibawakan oleh peniaga tersebut.

Sebahagian mereka memuji cara yang dibawakan dan menyifatkannya sesuatu yang ‘comel’.

Berikut antara komen netizen;

“Hahahahahhahah comel,” komen seorang pengguna.

“Lain macam pelaris dia,” tulis seorang pengguna.

“Hahahaha! Comel la!” tulis seorang pengguna lagi yang terhibur.

“Weh hahahahahhaa suka la tenaga abang palazo tu,” komen seorang lagi netizen.

Video ini mendapat lebih satu juta tontonan dengan lebih 140,000 tanda ‘suka’ dan pelbagai komen warga maya semasa artikel ini ditulis.

Untuk melihat keunikan dalam berniaga ini, tonton video di bawah.

@sybiljmian

Replying to @Pau Premium Abang Manis FOLLOWLAH ACC TIKTOK @Pau Premium Abang Manis .. nantikan kami di B5 JOHOR STREET MARKET PULAK !!

♬ original sound – syabil – syabil

Sumber: TikTok @sybiljmian

 

The post “Lain Macam Pelaris Dia”, Anak Muda Bawa Kelainan Menari Zapin Sambil Berniaga appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*