Viral Rakaman Didakwa Letupan Dipercayai “Flare” Berlaku Saat Bas Bawa Pemain Vietnam Ke Stadium Lawan Indonesia

Bom Asap Meledak Berdekatan Stadium, Sebelum Perlawanan AFF Indonesia-Vietnam

Sebuah bom asap didakwa meledak ketika peminat Indonesia dan pemain Vietnam sedang dalam perjalanan ke Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) sebelum perlawanan petang tadi.

Berdasarkan sebuah video dari VIVA.CO.ID, asap putih kelihatan mula menyelubungi jalan yang digunakan para peminat bola sepak untuk ke lokasi perlawanan.

Difahamkan, kejadian awalnya disangkan berpunca daripada bom asap pemedih itu didakwa telah meledak di hadapan sebuah pusat beli belah, FX Sudirman dan asap putih mula tersebar ketika bas yang membawa pasukan Vietnam tiba di kawasan kejadian.

Dalam video berdurasi satu minit empat saat, para penyokong Indonesia dilihat sedang cuba untuk melalui kawasan yang diselubungi asap, ketika mereka berjalan menuju ke SUBGK.

Pada waktu kejadian, dapat dilihat anggota polis Brimob bergegas ke lokasi asap berkenaan untuk mengawal situasi selain memberikan kawalan untuk melindungi bas yang membawa pasukan Vietnam dari pelbagai sudut.

Peristiwa ini belaku sebelum perlawanan separuh akhir Piala AFF antara Indonesia dan Vietnam yang dijadualkan pada 4.30 petang.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Metro Jaya, Komiser Endra Zulpan, pihaknya mendapati letupan tersebut bukanlah berpunca daripada bom asap pemedih mata.

Sebaliknya, letupan dan asap yang muncul berpunca daripada ‘flare‘ iaitu sejenis suar yang biasanya digunakan untuk memberi isyarat kecemasan atau ketika memerlukan bantuan segera.

Terdahulu, perlawanan separuh akhir Piala AFF antara Indonesia dan Vietnam pada Jumaat ini telah awalkan atas alasan keselamatan dan FIFA juga telah mengarahkan pihak tuan rumah memastikan keselamatan diperketatkan.

Difahamkan, perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada 7.30 malam (waktu Vietnam) itu akan diadakan tiga jam lebih awal iaitu pada pukul 4.30 petang.

FIFA juga akan menghantar seorang pegawai senior untuk memantau perlawanan tersebut, manakala AFC turut akan menghantar pegawai keselamatan sendiri pada hari perlawanan.

BACA: Bimbang Soal Keselamatan, “Game” Piala AFF Indonesia vs Vietnam Diawalkan 3 Jam, FIFA Arah Kawalan Diperketat

Sumber: VIVA.CO.ID

The post Viral Rakaman Didakwa Letupan Dipercayai “Flare” Berlaku Saat Bas Bawa Pemain Vietnam Ke Stadium Lawan Indonesia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*