Jumpa Memerang Tepi Jalan, Beri Nama ‘Baby Belle’

Memerang diberi nama Baby Belle

Seekor memerang yang masih kecil telah diselamatkan dari lalu lintas Aberdeensine yang sibuk dan padat baru-baru ini, lapor BBC.

Malah, usia memerang itu dianggarkan mencecah sebulan ketika ditemui oleh pasukan penyelamat berhampiran Monymusk, Aberdeenshire.

Pasukan penyelamat tersebut kemudian telah membalut memerang itu dengan tuala dan membawanya ke tempat yang lebih selamat ekoran daripada nasihat yang diberikan oleh badan amal haiwan tempatan.

Salah seorang penyelamat, Laurie Lee berkata, “Kami menjumpainya di tepi jalan. Hari sudah gelak tetapi dia tidak melarikan diri daripada kereta yang lalu lalang berhampirannya.

“Pada mulanya, kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Rakan saya mencadangkan untuk menghubungi New Arc (Pusat Penyelamatan Hidupan Liar dan Hidupan Timur Laut) untuk mendapatkan bantuan. Malah, memerang tersebut kekal bersama kami di atas rumput di tepi jalan.

“Kami fikir ibunya akan muncul dari rumput panjang (berhampiran mereka) tetapi tidak,” tambahnya.

Nasib menyebelahi mereka apabila Keith Marley daripada New Arc memberi panduan tentang perkara yang perlu dilakukan sementara menunggu pihaknya sampai,

“Pada ketika itu memerang itu memanjat kaki saya,” kata Laurie.

Sementara itu, Laurie yang menyedari bahawa mereka tidak boleh meninggalkan memerang tersebut di situ bertindak untuk segera membalutnya dengan tuala.

Lantas, mereka pergi ke rumah kawannya. Di situ, suami dan dua anak lelakinya menyediakan kotak serta tuala untuk mengekalkan suhu memerang tersebut.

“Saya menelefon Keith sekali lagi untuk mengatakan bahawa dia selamat dan mengatur waktu agar dia boleh mengambilnya,” kata Laurie.

Memerang diberi nama Baby Belle
Kredit: Laurie Lee

Nama ‘Baby Belle’

Marley menjelaskan memerang yang diberi nama Baby Belle kini berusia kira-kira lima minggu.

“Ia akan menggunakan susu pengganti formula khusus dan akan diperkenalkan dengan sup ikan tidak lama lagi,” jelasnya.

Menurut BBC, memerang itu akan ditempatkan di pusat penyelamat New Arc berhampiran Ellon dan kekal di situ sekurang-kurangnya 12 bulan yang akan datang.

“Dia akan kekal di sini (New Arc)  sekurang-kurangnya 12 bulan akan datang. Apabila ia sudah cukup umur untuk tidak menyusu lagi, ia akan diperkenalkan dengan salah satu kandang memerang kami,” tambahnya.

Menurut Marley, nama ‘Baby Belle’ muncul selepas dia mengangkat untuk memeriksanya dan melihat darah pada tuala yang digunakan untuk membalutnya.

Namun kenyataannya, darah tersebut bukanlah terhasil daripada memerang itu sebaliknya daripada keju yang dimakan oleh Laurie sebelum menyelamatkan memerang tersebut.

 

 

Sumber: BBC | The New Arc

 

 

The post Jumpa Memerang Tepi Jalan, Beri Nama ‘Baby Belle’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*