Jururawat Berdepan Detik Cemas, Kereta Dihentam Tayar Lori Tercabut

tayar lori tercabut bahau-batu kikir

Jururawat Berdepan Detik Cemas, Kereta Dihentam Tayar Lori Tercabut

Seorang jururawat berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya dihentam tayar tercabut daripada sebuah lori tangki dari arah bertentangan, dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Jalan Bahau-Batu Kikir, petang semalam.

Klip rakaman kejadian berdurasi 37 saat turut menjadi tular selepas dimuat naik oleh sebuah laman Facebook, N9 Radar.

Berdasarkan video tersebut, rakaman berkenaan dipercayai diambil daripada kamera papan pemuka (dashcam) milik kenderaan yang berada di belakang kenderaan mangsa.

Menerusi keterangan pada rakaman tersebut, insiden berkenaan dipercayai berlaku sekitar 5.45 petang, 4 September 2023.

Pada awal rakaman, trafik di lokasi bergerak normal dengan kenderaan-kenderaan melalui kawasan itu tanpa sebarang masalah.

Kemudian, kereta yang dipandu jururawat berkenaan berselisih dengan sebuah lori tangki yang berada di laluan bertentangan.

Ketika itulah, tayar belakang lori berkenaan tercabut dan bergolek memasuki lorong kereta mangsa berada sebelum menghentam kereta tersebut.

Impak hentaman itu jelas kelihatan yang mengakibatkan kereta beralih arah ke posisi bahu jalan.

Pemandu kereta Honda City menerima impak daripada hentaman tayar lori tangki

Mangsa kemudian dirakam memberhentikan kenderaannya di bahu jalan sebelum keluar daripada kenderaan tersebut.

Ketika keluar daripada kenderannya, pemandu tersebut kelihatan terkejut dan berada dalam keadaan sedikit tercungap-cungap. Dia juga dilihat mengurut dadanya sambil berpaut pada bahagian bumbung kenderaan.

Berdasarkan rakaman berkenaan juga, bahagian depan kereta mangsa berkemungkinan boleh mengalami kerosakan yang agak teruk. Namun begitu, rakaman tidak menunjukkan bahagian depan kenderaan tersebut selepas kejadian itu berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook memaklumkan kedua-dua pemandu kenderaan terlibat telah pun membuat laporan polis.

“Kejadian itu tidak melibatkan kecederaan dan pemandu lori telah disaman di bawah Peraturan 94 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana komponen kenderaan tercabut,” katanya.

BACA: Macam Ini Rupanya Radio Pilih Lagu Untuk Diputarkan, Haniff ERA Dedah Proses Berlaku Ramai Tak Tahu

BACA: Guna Dua Bahan Mudah, Ini Cara Matikan Rumput Tanpa Guna Racun

Sumber: N9 Radar via Facebook, Sinar Harian

The post Jururawat Berdepan Detik Cemas, Kereta Dihentam Tayar Lori Tercabut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*