Kadar Zakat Fitrah RM7 Di Negeri Pahang Tahun Ini – MUIP

Kadar Zakat Fitrah RM7 Di Negeri Pahang Tahun Ini – MUIP

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh 

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin wassolatu wassalamu ‘ala rasulillah  wa ‘ala alihi wasahbihi ajma ‘in. 

Adalah dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan  Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah  Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah sultan dan raja pemerintah  bagi negeri pahang darul makmur serta segala jajahan takluknya  selaku Ketua Agama Islam Negeri Pahang telah memperkenankan  kadar zakat fitrah Negeri Pahang bagi tahun 1445 Hijriyyah  bersamaan 2024 Miladiyyah dengan kadar RM7.00 setelah mendapat kelulusan daripada jawatankuasa perundingan hukum syarak  Negeri Pahang. Kadar minimum yang perlu dibayar oleh setiap rakyat Pahang berkewajipan mengeluarkan zakat fitrah ialah RM7.00 dan  diwajibkan yang menggunakan beras wangi atau yang seumpama dan  setara sebanyak RM14.00 dan yang menggunakan beras basmati atau  seumpama dan setara sebanyak RM21.00. 

 

kadar fitrah rm7 pahang

Semua umat Islam di dalam negeri ini bolehlah menunaikan bayaran zakat fitrah mereka bermula dari awal Ramadan dan selewat lewatnya sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri.

Bagi melancarkan urusan kutipan zakat fitrah, seramai 918 orang amil zakat fitrah telah ditauliahkan untuk melaksanakan urusan  kutipan zakat fitrah di dalam Negeri Pahang. Justeru, umat Islam di negeri ini dinasihatkan membayar zakat hanya kepada amil yang  telah ditauliahkan.  

Majlis juga menyediakan kemudahan pembayaran zakat fitrah  secara atas talian (internet) seperti berikut: 

1) Melalui capaian ezakat.muip.gov.my. 

kadar fitrah rm7 pahang

2) Melalui qr code bank muamalat 

Sesiapa yang didapati memungut zakat fitrah tanpa dia diberi kuasa  atau dilantik oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang  adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 38 Enakmen  Kesalahan Jenayah Syariah 2013 dan jika sabit kesalahan boleh  dikenakan denda tidak lebih daripada Tiga Ribu Ringgit atau penjara  tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya sekali.  

Sepanjang bulan ramadan, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam  Melayu Pahang akan mengagihkan bantuan berjumlah RM20,281,400.00  melibatkan seramai 38,965 penerima. 

1.Bantuan menyambut ramadan kepada asnaf fakir dan miskin yang  merupakan penerima zakat bulanan berjumlah RM5,247,400.00 melibatkan seramai 11,550 ketua isi rumah.

2. Sumbangan Pengimarahan Ihya’ Ramadan kepada masjid – masjid dan  surau-surau kebenaran jumaat di negeri pahang berjumlah RM 4,280,000.00 melibatkan sebanyak 686 buah masjid dan surau  kebenaran jumaat.

3. Sumbangan Pengimarahan Ihya’ Ramadan berjumlah RM292,500.00 kepada 149 buah maahad tahfiz, madrasah dan pondok yang  berdaftar di Negeri Pahang.

4. Bantuan Tahunan Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM8,875,700.00  melibatkan seramai 17,799 ketua isi rumah dan asnaf fakir miskin  yang terdiri daripada penerima bantuan bulanan dan yang  disenaraikan oleh amil-amil.

5. Bantuan Tahunan Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM1,585,800.00  melibatkan seramai 8781 ketua isi rumah dan ahli isi rumah kepada golongan saudara baharu dan saudara muslim.

Di kesempatan ini, saya bagi pihak majlis mengucapkan selamat  menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan dan selamat menunaikan  zakat fitrah pada tahun ini.  

Sekian, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh.

The post Kadar Zakat Fitrah RM7 Di Negeri Pahang Tahun Ini – MUIP appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*