Tular Rakaman Kren Pembinaan Terbakar & Terhempas Sebelum Hentam Bangunan Lain

Kren pembinaan terbakar

Tular Rakaman Kren Pembinaan Terbakar & Terhempas Sebelum Hentam Bangunan Lain

Sebuah kren pembinaan dilaporkan terbakar lalu tumbang dan menghentam sisi bangunan pencakar langit sebelum terjatuh ke jalan Manhattan, lapor Daily Mail.

Lima orang awam yang berada di atas jalan termasuk seorang anggota bomba dilaporkan tercedera selepas peralatan bangunan itu mengalami kegagalan.

Insiden dilaporkan berlaku di 41st Street dan 10th Avenue di Hudson Yards.

Kren itu dipercayai dipasang pada sebuah bangunan pangsapuri mewah yang masih dalam pembinaan.

Sebuah pam konkrit juga telah terhempas ke atas jalan sewaktu kejadian tersebut berlaku.

Rakaman video yang menakutkan itu telah menunjukkan kren tersebut runtuh dan menghentam bangunan pencakar langit kaca di seberang jalan pada pagi tadi.

Kredit Daily Mail

Orang ramai yang berlumuran darah telah diusung ke dalam ambulans ketika jeritan kedengaran daripada pekerja pembinaan dan orang yang lalu-lalang, menurut saksi.

Beberapa kumpulan anggota bomba bergegas ke balkoni berhampiran bagi membantu memadamkan api yang marak 500 kaki dari atas tanah.

Perlanggaran kren itu kelihatan telah memecahkan tingkap bangunan yang berlainan. Serpihan kaca itu kemudian jatuh ke 10th Avenue dan menyebabkan orang awam yang berulang alik menjerit dan berlari dari runtuhan tersebut.

Kredit Daily Mail

Sehingga kini, masih tidak jelas punca bagaimana kebakaran di kawasan kabin kren itu boleh berlaku.

Insiden dramatik itu telah menyebabkan serpihan kaca bertaburan di atas jalan dan mencederakan orang ramai yang sedang melalui kawasan itu.

Sementara itu, penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran memberitahu Daily Mail bahawa mereka telah terdengar jeritan daripada pekerja binaan sekitar jam 7.15 pagi.

BACA:“Surat Ni Tak Boleh Buka,” Lelaki Ajar Cara Daftar Nama Anak “Step By Step” Di JPN 

Sewaktu kejadian, pemandu kren dikatakan masih berada di dalam kren tersebut ketika kebakaran itu berlaku.

Dia kemudiannya berjaya melarikan diri melalui papan kayu di bahagian bawah kira-kira lima minit kemudian.

Api kemudiannya marak membakar kren itu lalu bahagian atas kren tumbang kira-kira jam 7.30 pagi. Ia tercabut dan merempuh 555 Ten, sebuah bangunan pangsapuri di seberang jalan.

Kredit Daily Mail

“Kami melihat pengusung dan ambulans, jadi mungkin terdapat kecederaan di bawah. Tingkap di kedai-kedai di bawah semuanya telah pecah. Kami kini telah dipindahkan dari bangunan kami,” kata saksi tersebut.

Jabatan Bomba New York mengesahkan kejadian dalam satu kenyataan: “Unit FDNY kini beroperasi pada kren runtuh dan kebakaran di 550 Tenth Avenue di Manhattan.”

Pejabat Datuk Bandar NYC pula berkata: “Sila elakkan kawasan 10th Avenue dan 11th Avenue dari West 41 Street ke West 42 Street. Sila gunakan laluan alternatif dan kesesakan lalu lintas dijangka akan berlaku di kawasan itu.”

@dailymail

Hudson Yards construction crane catches fire and COLLAPSES in ritzy NYC neighborhood. #fyp #crane #collapse #newyork #nyc #hudsonyard #fire

♬ original sound – Daily Mail

Sumber: Daily Mail

The post Tular Rakaman Kren Pembinaan Terbakar & Terhempas Sebelum Hentam Bangunan Lain appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*