Kakitangan IPT Rugi Setengah Juta Diperdaya ‘Love Scam’

kakitangan ipt diperdaya

Kakitangan IPT Rugi Setengah Juta Diperdaya ‘Love Scam’

KUALA TERENGGANU, 28 Mac (Bernama) — Seorang kakitangan wanita sebuah institusi pengajian tinggi di negeri ini mendakwa kerugian RM500,000 akibat terpedaya dengan sindiket ‘love scam’ atau penipuan cinta.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata kejadian bermula pada Julai 2020 selepas mangsa berkenalan dengan seorang lelaki warga asing menerusi laman sesawang mencari jodoh.

Beliau berkata sejak itu, suspek sering kali meminta wang daripada mangsa atas pelbagai alasan termasuk untuk meminjam dan sebagai tanda kasih sayang.

“Sepanjang perkenalan mereka dari 2020 hingga 2023, mangsa telah melakukan 22 pindahan wang ke akaun yang berbeza-beza sehingga mencapai jumlah RM500,000.

“Suspek juga mengarahkan mangsa supaya membuang segala bukti seperti resit pindahan wang ke akaun yang diberikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Rahim berkata disebabkan rasa sayang dan percaya, mangsa menurut semua arahan suspek tanpa curiga dan memikirkan akibatnya di kemudian hari.

BACA: Sanggup Cerai Demi Skandal, Wanita ‘Terduduk’ Rugi Lebih RM 650k Angkara “Love Scam”

Menurut beliau, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas dimaklumkan rakannya bahawa lelaki yang juga buah hatinya itu bukanlah individu yang sering berhubung dengannya selama ini.

“Mangsa membuat laporan polis pada Ahad lepas selepas kehilangan wang simpanan dan wang pinjaman peribadi berjumlah setengah juta,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan segala taktik penipuan oleh penjenayah yang telah memperdaya ramai mangsa.

Guru wanita rugi lebih RM63,000 ditipu ‘Love Scam’

Kredit: Siakap Keli

Pada 2021, media turut melaporkan perkara yang sama di mana seorang guru wanita kerugian lebih RM63,000 akibat diperdaya sindiket Love Scam selepas berkenalan dengan seorang lelaki menerusi media sosial Instagram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah Supt Elias Omar berkata mangsa berusia 43 tahun.

Dia yang tinggal di Sik itu berkenalan dengan suspek yang memperkenalkan diri sebagai ‘Mohammed Zamzuree’ kononnya dari United Kingdom.

“Mangsa yang telah bercerai mula berkenalan dengan suspek melalui media sosial itu sebelum berhubung melalui aplikasi WhatsApp sejak April 2021.

“Selepas itu, suspek memaklumkan bahawa dia ada mengirim beberapa barangan iaitu beg tangan, kasut, jam tangan, satu set perhiasan dan telefon bimbit kepada mangsa,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Kakitangan IPT Rugi Setengah Juta Diperdaya ‘Love Scam’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*