Tesla Model Y: Ini Perkara Yang Perlu Tahu Sebelum Membuat Tempahan

tesla model y tempahan

Beberapa hari yang lalu, Tesla telah mengumumkan akan membuka tempahan kenderaan utiliti sukan (SUV) Model Y elektrik sepenuhnya di negara ini mulai 14 Julai dengan harga bermula RM199,000.

Orang ramai pastinya mengambil peluang untuk membuat tempahan susulan Model Y itu dijangka mula diserahkan kepada pelanggan pada awal tahun depan, memetik Sinar Harian.

Ia menawarkan lima pilihan warna iaitu Pearl White Multi-Coat, Solid black, Midnight Silver Metallic, Deep Blue Metallic dan Red Multi-Coat.

Disebabkan itu adalah kemunculan pertama Tesla, kemungkinan ramai yang tidak mengetahui cara-cara untuk membuat tempahan kereta elektrik itu.

Susulan itu, mari kita ikuti perkongsian daripada Tan Aik Keong di Facebook di mana dia telah membuat tempahan Tesla baru-baru ini. Ikuti pengalamannya di bawah ini.

Tesla Model Y: Ini Perkara Yang Perlu Tahu Sebelum Membuat Tempahan

Selepas saya berkongsi hantaran mengenai tempahan Tesla Model Y saya, saya telah menerima banyak pertanyaan tentang tempahan Tesla dan kenderaan elektrik (EV) secara umum.

Saya rumuskan secara berikut berdasarkan pengalaman tempahan saya, perkongsian untuk kumpulan MyEVOC dan telah memandu EV sejak 2022, harap ini dapat membantu mereka yang ingin membuat tempahan untuk model Y atau ingin menyertai komuniti EV.

Kredit: Tan Aik Keong/Facebook

Tempahan Tesla:

1. Adakah saya perlu memasukan autopilot dipertingkat (EAP) (RM16,000) atau pemanduan secara penuh (FSD) (RM32,000)?

J: Saya akan mencadangkan untuk bermula dengan autopilot yang datang secara default. Ambil perhatian bahawa FSD mungkin belum dioptimumkan untuk pasaran Asia Tenggara (SEA) lagi. Lihat hantaran ini:

Songthaew in Thailand is not in Tesla database yet
by u/nikazmil in funny

2. Bolehkah saya menambah EAP atau FSD jika saya ingin menaik taraf kemudian?

J: Ya, anda boleh. Ia adalah tambahan yang boleh dibeli kemudian.

3. Adakah berbaloi untuk menambah FSD?

J: Ambil perhatian bahawa FS di Amerika Syarikat (US) berharga RM67,890 vs hanya RM32,000 di Malaysia, dan Tesla menaikkan harga dari semasa ke semasa. Sebelum ini di US ia adalah RM45,000, kemudian RM54,000 dan kini RM67,890.

4. Adakah yuran tempahan boleh dikembalikan jika tidak boleh mendapatkan pinjaman atau berubah fikiran?

J: Ia tidak boleh dikembalikan

5. Tesla menyatakan ia ‘tidak termasuk cukai dan yuran lain’, berapa bajet yang saya perlu sediakan selain dengan harga kenderaan?

J: Perkataan ‘tidak termasuk cukai’ menunjukkan terdapat insentif cukai oleh kerajaan (iaitu sehingga akhir 2025), sebaik sahaja kerajaan insentif itu tamat, cukai akan ditambah. Buat masa ini anda akan membayar apa yang dinyatakan, tiada bayaran tambahan.

6. Bagaimanakah dengan urusan pinjaman?

J: Pembiaya pilihan adalah Maybank dan Ambank, kadar faedah rata antara 2.35 peratus sehingga 2.4 peratus.

Berkaitan EV: (data disediakan oleh Agmo EV dashboard charge point operators (CPOs), (mesej saya jika anda berminat/ingin tahu).

i. Berapakah bilangan pengecas EV yang ada di Malaysia?

J: Kita mempunyai kira-kira 2,267 pengecas EV

ii. Berapakah bilangan pengecas EV di negeri saya?

J: Sila rujuk tangkap layar

Kredit: Tan Aik Keong/Facebook
Kredit: Tan Aik Keong/Facebook

iii. Berapakah kadar pengecasan?

J: Ia adalah mengikut kwh atau mengikut minit, sila rujuk tangkap layar. Untuk seminit, julat antara kos purata adalah RM0.16 hingga RM2.55. Bagi setiap kwh, julat antara kos purata adalah RM0.68 sehingga RM1.27.

Kredit: Tan Aik Keong/Facebook

iv. Berapa lama masa yang diambil untuk mengecas kereta saya?

J: Ia bergantung kepada pengecas, sama ada ia pengecas alternating charger (AC) atau pengecas direct current (DC). Biasanya pengecas AC adalah antara 3.7kw hingga 22.kw, pengecas DC adalah sekitar 40kw hingga 350kw. Kelajuan pengecasan berkurangan apabila SOC bateri anda lebih tinggi, jadi ia tidak berkadar. Secara amnya, anda boleh menganggarkan tempoh itu mengikut saiz bateri atau kuasa pengecas.

v. Adakah terdapat stesen pengecas yang disyorkan?

J: Terdapat beberapa stesen yang saya suka:

– Pengecas pantas kempower Berjaya Times Square 225kw oleh ChargEV.

– Pengecas pantas Sunway Serene 350kw oleh Gentari, yang terpantas di SEA.

– Pengecas pantas Bangi Resort oleh Gentari, tempat yang bagus untuk berehat sebelum ke selatan.

– Pengecas pantas Tapah dan Ayer Keroh oleh TNB Electron, penting untuk anda mengecas sebelum ke Pulau Pinang atau Johor.

vi. Apakah aplikasi yang boleh saya cari untuk stesen EV di Malaysia?

J: Cuba Agmo EF Superapp dan Plugshare.

7. Berapakah kos untuk memasang wallbox (pengecas rumah)?

J: Sekitar harga RM1,500 hingga RM2,000, bergantung kepada sama ada rumah anda adalah satu fasa atau tiga fasa juga

8. Bolehkah saya menggunakan palam tiga pin untuk mengecas kereta saya?

J: Boleh tetapi ia sangat perlahan, Tesla Model Y adalah sekitar 70kwh hingga 80kwh. Ia akan mengambil masa kira-kira 60 jam untuk mengecas kereta anda.

Sila rujuk hantaran di Facebook di sini untuk dapatkan maklumat penuh atau di bawah.

Sumber: Tan Aik Keong/Facebook

The post Tesla Model Y: Ini Perkara Yang Perlu Tahu Sebelum Membuat Tempahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*