Wanita Tetap Nikahi Teman Lelaki Walau Ditikam 16 Kali

wanita ditikam teman lelaki 16 kali

Wanita Tetap Nikahi Teman Lelaki Walau Ditikam 16 Kali

Anggap hanya gaduh biasa, seorang wanita di Indonesia memaafkan perlakuan kekasih dan bercadang untuk mengahwininya dalam masa terdekat walaupun telah ditikam sebanyak 16 kali, lapor Detik.com.

Gadis tersebut menjelaskan kejadian tikaman itu berlaku akibat pertengkaran bersama teman lelakinya.

Jelasnya, dia tidak berfikir buruk mengenai perlakuan kekasihnya dan berkata teman lelakinya itu tidak berniat untuk membunuh walaupun ditikam sebanyak 16 kali.

“Sebenarnya dia (teman lelaki) tidak berniat untuk melakukan pembunuhan terancang atau nak bunuh saya. Cuma pergaduhan biasa-biasa sahaja.

“Biasalah orang bercinta kan ada bergaduh, berselisih pendapat sampai kami bergaduh di dalam kereta.

“Maka terjadinya pertengkaran yang menyakitkan hati antara satu sama lain,” katanya.

Dia turut menolak isu pertikaian berlaku adalah disebabkan dia meminta wang kepada kekasihnya untuk menggugurkan kandungan.

“Itu tidak benar,” bantahnya.

Mengulas mengenai tikaman, gadis itu berkata luka tikaman yang ada pada badannya telah dirawat selepas dia menerima rawatan di hospital.

Kejadian itu membuatkan dia memaklumkan kepada kedua ibu bapanya termasuk ibu bapa teman lelakinya, selepas pulang daripada hospital.

BACA: Lelaki Tikam Rakan Gara-gara Cemburu Rapat Dengan Majikan

Lelaki tikam teman wanita

Imbas kembali, sebelum ini wanita dari daerah Asahan itu telah menerima tikaman 16 kali menggunakan pisau yang dilakukan oleh teman lelakinya.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Asahan, Iptu Arbin Rambe, perbuatan itu difahamkan terjadi ketika wanita itu berada di dalam kereta bersama lelaki tersebut.

Yang membuatkan ia lebih pelik, teman lelakinya menyedari tindakan itu salah selepas melihat dirinya tidak berdaya.

Disebabkan rasa kasihan melihat keadaannya, teman lelakinya meminta maaf kemudian menghantarnya pulang ke tempat kerja.

“Jadi pada awalnya kami menerima laporan daripada penduduk yang menyatakan mangsa  dirompak di kawasan Terminal Kisaran pada Ahad, 9 Julai lalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati, wanita tersebut telah ditikam oleh teman lelakinya.

“Wanita itu membuat pengakuan kepada polis,” jelas Iptu Arbin.

Sebelum pengakuan dibuat, lelaki berkenaan meminta gadis tersebut supaya mengaku bahawa dia telah menjadi mangsa rompakan selepas menghantarnya ke tempat kerja, memetik Detiksumut.

Bagaimanapun tidak lama kemudian, pelaku (lelaki itu) telah ditahan pada keesokan harinya dan alatan yang digunakan ketika kejadian turut dirampas.

Sumber: Detik.com

The post Wanita Tetap Nikahi Teman Lelaki Walau Ditikam 16 Kali appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*