Kalau nak ambil tindakan, silakan – Hishamuddin

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Hussein sedia dikenakan tindakan oleh UMNO selepas didakwa menjadi ‘pengkhianat’ dalam parti berkenaan.

Bagaimanapun kata Hishamuddin, sehingga hari ini beliau masih tidak faham kenapa dituduh sedemikian.

“Saya cukup yakin bahawa apa pun yang telah berlaku tiada benda yang patut kita minta maaf sehingga dituduh mengkhianati parti. Saya juga bersetuju apa yang disebut oleh Ahli Parlimen Jelebu sebelum ini kerana itu adalah fakta.

“Kalau itu yang perlu saya sahkan atau mereka nak ambil tindakan, ambillah. Tiada apa yang perlu saya bimbang kerana kita konsisten dari peringkat awal usaha untuk bersama-sama Pakatan Harapan (PH) adalah bercanggah dengan pendirian parti,” katanya ketika ditemui selepas Ucapan Dasar Presiden di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.

Tambah Hishamuddin, pihaknya mengambil tindakan berkecuali dan menarik semula Akuan Bersumpah (SD), namun selepas Yang Dipertuan Agong bertitah supaya mewujudkan Kerajaan Perpaduan kerana itu kehendak parti mereka tetap bersetuju.

“Jadi dimana pengkhianatannya? Saya nak ingatkan semua pihak, orang di luar sana agak mual, menyampah dan bosan dengan cara kita berbalah, bertelagah dan menuduh sesama kita.

“Penting untuk parti lihat kehadapan, kita akan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan kita telah kalah pada PRU15 lalu.

“Saya harap apa yang kita dapat bincangkan dalam Perhimpunan Agung tahun dapat mengurangkan jurang kepercayaan orang ramai terhadap parti dan perjuangan” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Kalau nak ambil tindakan, silakan – Hishamuddin appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*