China Dilapor Henti Kemas Kini Harian Data Jangkitan Covid-19 Tiga Hari Berturut-turut

China Henti Kemas Kini Data Jangkitan COVID-19 Secara Harian

China dilapor tidak mengemaskini data harian Covid-19 merangkumi jumlah jangkitan, kes teruk dan kematian untuk tiga hari berturut-turut, sekaligus menimbulkan kebimbangan global berkenaan realiti sebenar pandemik di negara tersebut.

Kali terakhir China mengemaskini data berkenaan situasi Covid-19 di negaranya adalah pada Isnin lepas.

Walaupun tiada penjelasan diberi berhubung ketiadaan data tersebut, pihak berkuasa China sebelum ini memaklumkan  akan beralih kepada kemaskini data secara bulanan. Namun begitu, tiada maklumat lanjut berkenaan bila peralihan tersebut akan bermula.

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu sekali lagi menggesa China untuk bertindak lebih telus dalam perkongsian maklumat mengenai jenis strain yang sedang menular dan situasi sebenar di beberapa wilayah serta kawasan di luar bandar negara tersebut.

Menurut WHO, kekurangan data penting ini telah menyukarkan usaha mereka bagi membantu China mengawal risiko peningkatan kes COVID-19 menjelang sambutan Tahun Baharu Cina yang disambut pada 21 Januari ini.

“Kami mahu bekerjasama dengan rakan penyelidik di Beijing, namun kami perlukan data lebih terperinci,” gesa Pengarah Jabatan Penyelarasan Amaran dan Tindak Balas WHO, Abdi Rahman Mahamud.

WHO juga tidak menolak kemungkinan bahawa China seakan-akan ‘menyembunyikan’ jumlah sebenar kematian yang dipercayai jauh lebih tinggi daripada angka yang diumumkan kepada khalayak. Ini berikutan tindakan kerajaannya baru-baru ini yang mengubah definisi kematian berpunca daripada Covid-19.

Data-data yang diberikan pula dipertikaikan banyak pihak kerana dilihat tidak selari dengan laporan kesesakan yang dihadapi krematorium-krematorium negara itu.

Terdahulu, China telah melonggarkan polisi Sifar Covid-19 dan membenarkan warga negaranya bergerak bebas termasuk melancong ke luar negara. Bagaimanapun, pelonggaran tersebut menyaksikan kes jangkitan di negara itu kembali melonjak sekaligus mendatangkan kebimbangan di peringkat global.

BACA: China Selar Tindakan Ujian COVID-19 Wajib Ke Atas Pelancong Warganya, Janji Bertindak Balas

Sumber: Bloomberg

The post China Dilapor Henti Kemas Kini Harian Data Jangkitan Covid-19 Tiga Hari Berturut-turut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*