Kami sudah lakukan yang terbaik – Faisal Halim

PETALING JAYA – Pemain sayap negara, Faisal Halim memohon maaf selepas pasukan negara tersingkir dalam aksi separuh akhir kepada Thailand bagi pusingan separuh akhir Piala AFF 2022 malam tadi.

Faisal dirakam memberi sedikit ucapan kepada kumpulan penyokong Malaysia yang hadir di Stadium Thammasat malam tadi.

“Kepada rakyat Malaysia kami seluruh pasukan memohon maaf kerana tidak dapat melangkah ke perlawanan akhir. Kami sudah lakukan yang terbaik.

“Percayalah perjuangan kami ikhlas, bukan kerana wang ringgit tetapi untuk negara,” katanya.

Bagaimanapun, Faisal berkata, selaku ketua pasukan negara dalam perlawanan tersebut beliau tetap berbangga dengan semua para pemain kebangsaan kerana berjaya mara sehingga separuh akhir.

Sementara itu, pemain tengah Harimau Malaya, Brendan Gan turut mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang hadir bagi memberi sokongan kepada pasukan Malaysia.

“Terima kasih kerana datang memberi sokongan, maaf kami tidak dapat ke peringkat akhir. Saya hormati semua pemain serta jurulatih yang ada di sini

“Harap kami buat anda semua bangga, terima kasih banyak-banyak,” katanya.

Terdahulu, impian pemain Malaysia untuk melangkah ke peringkat akhir tidak kesampaian apabila tewas 1-3 secara agregat kepada Thailand. – KOSMO! ONLINE

The post Kami sudah lakukan yang terbaik – Faisal Halim appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*