Ini Cara Buat Sendiri Belon Buih Gergasi Guna Tiga Bahan

cara buat belon buih

Ini Cara Buat Sendiri Belon Buih Gergasi Guna Tiga Bahan

Di kala cuti persekolahan masih lagi berbaki selama beberapa hari, ibu bapa tentunya tidak melepaskan peluang membawa anak-anak bersiar-siar ke taman rekreasi terdekat.

Waktu inilah ibu bapa dapat mengisi waktu bersama keluarga tercinta sambil melakukan aktiviti beriadah.

Seperti yang diketahui, kebanyakan taman rekreasi kini dipenuhi pelbagai gerai yang menjual permainan. Ia secara tidak langsung untuk menarik perhatian anak-anak termasuklah belon buih gergasi yang sangat diminati golongan kanak-kanak.

Permainan ini menggunakan air sabun khas yang disediakan dalam satu bekas bersama tali yang sudah diikat dalam pelbagai bentuk seperti bunga atau bulat.

Sudah tentu ‘licin’ duit ibu bapa sekiranya pergi ke lokasi ini lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang ramai.

Oleh itu, SK hari ini akan berkongsikan rahsia membuat belon gergasi untuk anak-anak hanya menggunakan tiga bahan sahaja. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Liyana di akaun TikTok @mizzleeanne.

Bahan-Bahan 

Gambar: TikTok @mizzleeanne

Antara bahan yang digunakan dalam pembuatan buih gergasi ini adalah air panas 500 milimeter (ml), sabun pencuci  pinggan dan dua sudu gliserin

Cara penyediaan

Langkah pertama, sediakan satu bekas kecil dan tuangkan air panas 500 ml.

Langkah kedua, masukkan setengah cawan sabun pencuci pinggan ke dalam bekas air panas itu.

Gambar: TikTok @mizzleeanne

Sambil tuang, pastikan larutan dikacau hingga sekata dengan perlahan supaya mengelakkan sebarang buih terhasil.

BACA: Pelakon “Parasite”, Lee Sun-kyun Meninggal Dunia

Langkah ketiga, masukkan dua sudu gliserin ke dalam larutan tadi dan kacau. Gliserin berfungsi memastikan belon tidak mudah pecah.

Gambar: TikTok @mizzleeanne

Seterusnya, simpan cecair yang dihasilkan dalam bekas tertutup selama dua atau tiga hari sebelum digunakan untuk hasil yang terbaik dan siap untuk digunakan.

Bagi stick buih, ibu bapa boleh membelinya di dalam talian ataupun membuatnya sendiri di rumah.

@mizzleeanne

Replying to @Liyana | teacher life stress ke tu? resepi giant bubbles by tcer liyana #duniacikgu #sekolahku #giantbubbles #resepigiantbubble #tcerliyana #ideapermainan

♬ original sound – Liyana | teacher life – Liyana | teacher life

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Sumber: TikTok@mizzleeanne

The post Ini Cara Buat Sendiri Belon Buih Gergasi Guna Tiga Bahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*