“Kami Tak Sempat Memanjakannya,” Pasangan Dedah Motif Hiasi Kubur Anak Dengan Kartun Hello Kitty

kubur Hello Kitty

“Kami Tak Sempat Memanjakannya,” Pasangan Dedah Motif Hiasi Kubur Anak Dengan Kartun Hello Kitty

Video pasangan suami isteri menghiasi pusara anak mereka dengan cat berwarna-warni berjaya menarik perhatian netizen di media sosial.

Video tular mengenai pasangan itu yang mengecat kartun ‘Hello Kitty’ telah dimuat naik oleh seorang pengguna akaun TikTok bernama @helsaseftini.

Menurut perkongsian itu, kubur di dalam video berkenaan adalah kubur kepada bayinya yang sudah meninggal dunia.

“Kebanyakan orang mula sibuk membeli atau menyediakan pakaian hari raya untuk anak-anak. Saya hanya mampu menghiasi kubur anak perempuan saya dengan warna-warni kerana kami percaya pakaian Akel di syurga lebih cantik dari segala-galanya,” tulis muat naik video itu.

Dalam muat naik tersebut, Helsa menunjukkan suaminya sedang menyapu cat merah jambu untuk menghiasi kubur bayinya itu. Mereka juga sengaja memilih batu nisan yang berbentuk kepala Hello Kitty.

Kredit TikTok

Setelah tersusun rapi, Helsa juga kelihatan menabur bunga di atas kubur itu sambil dihiasi dengn timbunan batu kerikil yang besar.

Kredit TikTok

“Di sini ibu dan Abe selalu mendoakan Akel bahagia hingga ke syurga. Minta Allah jaga ibu dan anak-anak Abe dengan baik,” tulis kapsyen video tersebut.

Usai tularnya video tersebut, laman berita Indonesia, Wolipop akhirnya bertanya langsung kepada pemilik video tersebut tentang apa sebenarnya yang terjadi.

Terdapat kisah sedih disebalik perbuatan itu

Menurut Wolipop, wanita yang bernama Helsa berusia 29 tahun menceritakan bahawa kubur itu adalah milik anak pertamanya.

“Itulah kubur anak pertama saya yang telah ditunggu sejak lima tahun perkahwinan kami. Segala usaha perubatan telah kami lalui dan Allah akhirnya memberikan kami rezeki tersebut.

“Tapi malangnya Allah tidak memberi masa yang lama dan bayi itu hanya sekadar singgah di rahimku dan berjuang di dunia selama 35 hari sahaja. Saya dan suami sangat sedih pada saat itu kerana apa yang kami inginkan telah diambil semula,” kata Helsa kepada Wolipop.

Wanita yang berasal dari kota Padang Sumatera Barat itu berkata bahawa video berkenaan dirakam pada 17 April lalu.

Selain menceritakan berkenaan anaknya, Helsa turut berkongsikan sebab mengapa dia menghiasi kubur tersebut.

“Motif batu nisan Hello Kitty adalah insiatif saya untuk mencantikkan kubur anak perempuan yang saya sayang kerana tidak sempat memberikan pelukan hangat. Kami juga tidak sempat untuk memanjakannya dengan pakaian yang cantik, justeru saya dan suami melukisnya dengan warna merah jambu.

“Kami fikir kubur inilah yang boleh kami cantikkan sebagai rumah terakhir anak kami,” kata Helsa sayu.

Menurut Helsa, anaknya telah menjalani pembedahan sebelum meninggal dunia. Dia begitu sedih apabila anaknya yang baru lahir terpaksa dibedah dan akhirnya meninggal dunia.

“Saya dan suami tidak dapat membayangkan bayi kecil kami akan dibedah. Kesakitan yang entah bagaimana dirasainya. Akhirnya anak saya tidak dapat bertahan dan meninggal dunia pada 14 Februari 2023 di Hospital M. Djamil, Padang,” akhiri Helsa.

@helsaseftini

Baju lebaran akel disurga lebih indah dari segalanya #CapCut #anaksurga #anaksurgayangslaludirindukan #anaksurgaku❤

♬ original sound – Inspirasikristen2997 – Inspirasikristen2997

Sumber: Wolipop

The post “Kami Tak Sempat Memanjakannya,” Pasangan Dedah Motif Hiasi Kubur Anak Dengan Kartun Hello Kitty appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*