Lelaki Warga Indonesia Maut Dipercayai Dibaham Harimau

lelaki maut dibaham harimau

Lelaki Warga Indonesia Maut Dipercayai Dibaham Harimau

GUA MUSANG, 29 Nov (Bernama) — Seorang pekerja ladang getah warga Indonesia ditemukan maut dipercayai dibaham harimau di kawasan ladang getah Kampung Kuala Tol, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata lelaki berkenaan dikenali sebagai Shabaini, 36, dan mayatnya dijumpai dalam keadaan tidak sempurna dengan kesan kecederaan di bahagian leher serta hilang tangan kanan, kedua ibu jari kaki serta sebahagian bawah badan.

Beliau berkata terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan anggota polis, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan penduduk setempat dilancarkan selepas pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan mangsa pada 1.30 tengah hari.

“Hasil operasi kira-kira satu jam di tempat kejadian, pasukan SAR menemukan mayat mangsa di kawasan cerun kira-kira 200 meter dari lokasi motosikal mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Sik, pasukan SAR membawa keluar mayat mangsa pada 6.16 petang dan tiba di Unit Forensik Hospital Gua Musang pada 7 malam untuk bedah siasat.

BACA JUGA: Diserang Ketika Menoreh, Lelaki Maut Dipercayai Dibaham Harimau

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Pihak polis menasihatkan masyarakat setempat yang keluar bekerja agar bergerak secara berkumpulan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Pada 12 Nov lepas, seorang lelaki warga Myanmar Ahka Soe Ya, 22, ditemukan maut pada 1.30 tengah hari dipercayai diserang harimau di sebuah ladang getah di Kampung Meranto, di sini.

Kurang 48 jam sebelum itu, mayat seorang lelaki warga Indonesia, Lalu Sukarya Yahya, 42, ditemukan dalam keadaan tidak sempurna di sebuah ladang di Hutan Simpan, Kampung Meranto, juga dipercayai angkara harimau.

Sumber: BERNAMA 

The post Lelaki Warga Indonesia Maut Dipercayai Dibaham Harimau appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*