Kaki Pegawai Di Sukan Asia Patah, Terkena Tukul Besi Dilempar Atlet Kuwait

pegawai sukan tukul atlet

Kaki Pegawai Di Sukan Asia Patah, Terkena Tukul Besi Dilempar Atlet Kuwait

HANGZHOU — Seorang pegawai teknikal olahraga terpaksa menahan sakit apabila kaki kanannya patah selepas terkena tukul besi yang dilemparkan oleh seorang atlet dari Kuwait,  Ali Zankawi dalam Sukan Asia edisi ke-19 di Hangzhou, China, lapor AFP.

Pegawai yang dikenali sebagai Huang Qinghua ketika itu sedang duduk di atas kerusi di luar bulatan melontar apabila Zankawi membatalkan percubaannya, tetapi tukulnya terkena jaring pelindung.

Malangnya, objek seberat lebih 7 kilogram (kg) itu secara tidak sengaja terhempas ke kaki kanan pengawai teknikal itu.

Dalam gambar yang diambil memaparkan riak wajahnya yang menahan kesakitan sambil darah mengalir pada bahagian betisnya. Susulan itu, Zankawi bergegas meluru ke Huang untuk membantunya.

pegawai sukan tukul atlet
Gambar: William WEST / AFP

Difahamkan, dia telah dibawa keluar dari arena dengan bantuan pengusung bagi menerima rawatan kecemasan. Huang kemudiannya dihantar ke hospital untuk menjalani pembedahan.

Sementara itu, media tempatan melaporkan lelaki berusia 62 tahun itu kini berada dalam keadaan stabil selepas disahkan mengalami patah sendi tibiofibuler.

Dalam pada itu, atlet berusia 39 tahun itu turut datang menziarahi Huang di wad Hospital hari ini untuk membuat permohonan maaf dan sesi bergambar bersama.

BACA JUGA: Gangsa 100m Sukan Asia Azeem Fahmi Tamatkan Penantian 41 Tahun Negara

Dia menyifatkan perkara yang berlaku adalah tidak disengajakan.

“Ketika itu, saya mengangkat kepala dan mendapati tukul melantun dari tanah sebelum terkena kaki Huang. Jadi, saya segera berlari ke arahnya untuk membantu. Lebih-lebih lagi dia kelihatan berada dalam keadaan terkejut dan kesakitan ketika itu.

“Saya melihat darah mengalir dari kaki seluarnya dan saya menyedari kakinya telah patah. Jadi, saya bertindak mengikat lukanya untuk menghentikan pendarahan sementara menunggu ambulans tiba dengan mengangkat Huang ke atas pengusung untuk dibawa ke hospital,” katanya.

Gambar: Ali Zankawi/AFP

Zankawi menamatkan saingan dalam acara melempar tukul di tempat kelapan berikutan terkejut dengan insiden itu.

“Alhamdulillah, mujur tukul tu jatuh ke tanah dahulu sebelum terkena kakinya,” kata Zankawi.

Untuk makluman, Ali Zankawi merupakan pemenang pingat perak pada Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar.

Sumber: AFP

The post Kaki Pegawai Di Sukan Asia Patah, Terkena Tukul Besi Dilempar Atlet Kuwait appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*