Kanak-Kanak 10 Tahun Ditemukan Lemas, Seorang Masih Hilang – Bomba

Kanak-kanak 10 tahun lemas

Kanak-Kanak 10 Tahun Ditemukan Lemas, Seorang Masih Hilang – Bomba

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas manakala seorang lagi masih hilang dipercayai hanyut dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ampang, di sini, hari ini.

Mangsa yang lemas dikenali sebagai Muhammad Riqullah Mohd Shafie, 10, manakala seorang lagi mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan berusia lapan tahun.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 4.44 petang dan tiba di lokasi pada 5.08 petang tadi.

Beliau berkata kanak-kanak berkenaan dipercayai dihanyutkan air di dalam longkang dianggarkan sedalam 1.22 meter.

“Ketika ini bomba sedang meneruskan operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang masih hilang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber: BERNAMA

The post Kanak-Kanak 10 Tahun Ditemukan Lemas, Seorang Masih Hilang – Bomba appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*