Boleh Cuba, Guna Tip Ni Tanam Betik “Confirm” Berbuah Lebat

tip tanam betik

Boleh Cuba, Guna Tip Ni Tanam Betik “Confirm” Berbuah Lebat

Setiap tanaman yang ditanam perlulah ditanam dengan teknik yang betul agar pokok tersebut dapat membesar dengan baik. Sekiranya tidak menggunakan cara yang betul, kemungkinan tanaman tidak akan hidup dengan lama.

Bercucuk tanam adalah salah satu aktiviti yang paling digemari oleh rakyat negara ini dan antara tumbuhan yang ditanam ialah ulam-ulaman, pokok pisang dan sebagainya.

Dalam artikel kali ini, SK akan berkongsi kepada orang ramai bagaimana untuk menyemai dan menanam pokok betik. Perkongsian tersebut telah dibuat oleh Zaiton Hamid di Facebook miliknya.

Katanya, dia mempelajari ilmu itu daripada salah seorang rakannya. Mari ketahui bagaimana tip menanam pokok betik menggunakan teknik yang betul.

Cara semaian biji betik:

1. Rendam biji betik dalam air suam lebih kurang tiga jam dan jemur di tengah panas hingga kering, hal ini kerana biji betik mengandungi gel pelindung maka kita perlu hilangkan gel itu dulu.

2. Setelah kering, taburkan biji tersebut di tapak semaian.

3. Siram dua kali sehari untuk proses penumbuhannya dan tunggu sehingga anak pokok tumbuh.

Untuk pilih benih betina, pastikan

1. Rendam biji betik yang baru diambil daripada buah ke dalam gelas yang berisi air.

2. Kacau-kacau dan buang biji yang terapung kerana biji yang terapung tu jantan.

3. Ambil biji yang tenggelam dan keringkan bawah cahaya matahari. Biji yang dah kering lebih cepat bercambah daripada biji yang basah kerana gel pelindung yang ada dekat keliling biji tu menghalang daripada biji tu bercambah

Kalau tak, masa nak bercambah tu lama, mungkin sampai sebulan baru bercambah.. Kalau tanam biji yang kering, dalam seminggu dua dah bercambah jadi anak pokok

Cara penanaman anak pokok:

1. Pindahkan anak pokok ke tempat yang sesuai.

2. Pastikan menanam anak pokok betina untuk mendapatkan buah, jika tanam anak pokok jantan maka bunga sahaja yang akan keluar dan buah tiada.

3. Untuk membezakan anak pokok jantan atau betina lihat pada akarnya.

–  Akar memanjang ke bawah jantan (tak payah tanam nanti tiada buah)

– Akar berselerak betina (tanam dan tunggu hasilnya)

4. Pokok betik perlukan banyak air untuk proses tumbesarannya ,maka siram dua kali sehari dan pastikan jangan sampai air bertakung nanti pokok mati.

5. Kalau nak betik tu berbuah rendah, tanam batang pokok tu semuanya dalam tanah masa nak tanam nanti. Biar tinggal sikit je bahagian batang di bahagian atas tu.

Sumber: Zaiton Hamid/Facebook

The post Boleh Cuba, Guna Tip Ni Tanam Betik “Confirm” Berbuah Lebat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*