Kanak-kanak OKU Maut, Dipercayai Digilis Pembajak Sawah Padi

digilis pembajak

Kanak-kanak OKU Maut, Dipercayai Digilis Pembajak Sawah Padi

Seorang kanak-kanak lelaki orang kelainan upaya (OKU) maut selepas dipercayai digilis oleh jentera pembajak di Kampung Sungai Korok pada petang tadi, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra terpaksa dihubungi bagi membantu mengeluarkan mangsa.

Menurut beliau lagi, mangsa yang berusia 11 tahun telah ditemui oleh penduduk kampung pada jam 6 petang dalam keadaan tertiarap.

Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap tidak sedarkan diri di dalam lumpur sawah padi.

“Pasukan bomba tiba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah alat pemutar.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di badan kemudiannya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat,” katanya di sini pada Jumaat.

Tambah Rodzi, siasatan masih sedang dijalankan dan saksi kejadian juga sudah dipanggil oleh polis untuk mengetahui punca dan siasatan lanjut.

Sehingga kini, siasatan ke atas mayat mangsa telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bustan Karudin berkata bahawa panggilan telah diterima oleh mereka.

Panggilan melalui sistem MERS 999 telah diterima oleh Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.

Susulan panggilan kecemasan yang diterima, seramai lapan anggota dari BBP Jitra telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Operasi tersebut kemudiannya telah diketuai oleh Pegawai Kanan (PBK) II Mohd Syahruddin Awang.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati terdapat seorang mangsa iaitu kanak-kanak lelaki, mengalami kecederaan akibat digilis pembajak,” ujar beliau.

Sumber: Sinar Harian

The post Kanak-kanak OKU Maut, Dipercayai Digilis Pembajak Sawah Padi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*