Berbentuk Seperti Ular Sawa, Doktor Berjaya Keluarkan Najis Terbesar Dunia Dari Perut Wanita

najis terbesar dunia

Berbentuk Seperti Ular Sawa, Doktor Berjaya Keluarkan Najis Terbesar Dunia Dari Perut Wanita

Sekumpulan doktor di China dilaporkan berjaya mengeluarkan najis terbesar di dunia daripada dalam badan seorang wanita, lapor Daily Star.

Najis itu berjaya dikeluarkan dalam operasi pembedahan di Hospital Pertama Universiti Zhejiang di Timur China.

Pakar bedah yang terlibat dalam operasi itu berasa ngeri selepas berjaya mengeluarkan najis gergasi tersebut daripada badan pesakit yang dikenali sebagai Hua, 53.

Wanita itu berkata bahawa dia tidak dapat bangun dari katilnya kerana mengalami sakit yang disebabkan oleh kembung perut yang sangat teruk.

Hua telah mengalami masalah sembelit selama bertahun-tahun.

Tetapi disebabkan keadaannya tidak beransur pulih, dia memutuskan untuk mengatasinya melalui rawatan perubatan.

Hua dikatakan telah berada dalam keadaan kesakitan selama 10 hari sebelum pembedahan tersebut dijalankan.

Menurut laporan media tempatan, Hua dilaporkan kelihatan seakan hamil dan perutnya begitu kembung ketika dia muncul di hospital tersebut.

Tekanan telah meningkat di dalam badannya kerana jisim yang sangat besar lalu menyebabkan dia sukar untuk bernafas.

Orang disekelilingnya dapat merasakan perutnya yang keras dan mereka menggesanya untuk mendapatkan bantuan secepat mungkin.

Najis dikatakan bersaiz lebih kurang bola sepak

Apabila kotoran itu dikeluarkan, doktor mendapati bahawa salah satu bahagian najis itu memiliki saiz umpama sebiji bola sepak.

Sementara itu, hati, perut, usus kecil dan organ lain didapati telah ditekan oleh ususnya yang mengembang.

Kredit First Hospital of Zhejiang University/AsiaWire

Doktor mendiagnosis bahawa dia mengalami kecacatan kelahiran yang membawa kepada sel saraf usus yang kurang berkembang.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Keadaan penyakit ini yang dikenali sebagai Hirschsprung dikatakan boleh menyebabkan najis bergerak dengan sangat perlahan atau tersekat semasa ia bergerak di sepanjang usus.

Najis gergasi yang dikeluarkan daripada badan wanita tersebut didapati seberat 20 kilogram.

Laporan hospital mendakwa bahawa najis itu kelihatan seperti ular sawa sepanjang tiga kaki.

Difahamkan, Hua kini sedang dalam proses pemulihan selepas operasi pembedahan berjaya dijalankan ke atasnya.

Sumber: Daily Star

The post Berbentuk Seperti Ular Sawa, Doktor Berjaya Keluarkan Najis Terbesar Dunia Dari Perut Wanita appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*