Kanak-Kanak Palestin Tular Menggigil Ketakutan Akibat Serangan Bom Kini Kembali Ceria

kanak-kanak palestin menggigil

Kanak-Kanak Palestin Tular Menggigil Ketakutan Akibat Serangan Bom Kini Kembali Ceria

Kanak-kanak Palestin yang menggigil ketakutan akibat serangan bom akhirnya kini mampu kembali ceria dan tersenyum.

Terdahulu, video perkongsian berkenaan kanak-kanak itu telah tular di media sosial, di mana ia menunjukkan kanak-kanak itu menggigil ketakutan selepas terselamat daripada serangan bom.

Dalam video tersebut, badan kanak-kanak itu juga dilihat dipenuhi debu-debu runtuhan dan menunjukkan ekspresi wajah yang trauma sebelum dipeluk dan menangis teresak-esak.

Namun dalam perkongsian terbaru, akhirnya kanak-kanak itu kini kembali tersenyum dan berada dalam keadaan terselamat.

Video perkongsian terkini kanak-kanak itu telah dikongsikan petugas media di Instagram miliknya bernama abdallah_alattar1999.

Menurut keterangan video tersebut, kanak-kanak itu dikatakan berada di pusat perlarian dan dalam keadaan selamat.

Kredit Instagram

“Semasa kami menjalankan tugas profesional kami untuk berkongsi kebenaran, kami tidak pernah lupa untuk memenuhi tugas kemanusiaan kami. Syukur kepada Tuhan, kami telah mengembalikan senyuman kepada anak Muhammad Abu Louli.

“Ramai di antara kamu telah bertanya kepada saya tentang Muhammad, kanak-kanak yang menggigil akibat kejutan. Kini, Muhammad Abu Louli dari Rafah telah menjadi pelarian di salah satu pusat pelarian dan dia dalam keadaan baik di sisi keluarganya.

“Biar dunia menyaksikan bahawa anak-anak ini masih tersenyum walaupun mengalami luka-luka di badan kecilnya. Insya-Allah, selepas perang berakhir, semua orang yang cuba menghubungi untuk membantunya akan dibenarkan untuk berhubung terus dengan bapa Muhammad,” tulis kapsyen perkongsian tersebut.

Kredit Instagram

Kini, Muhammad jelas tersenyum kembali dan menikmati hari indah yang mendatang bersama keluarganya.

Perkongsian itu dengan pantas telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial tersebut. Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Sering memikirkannya. Saya sangat bersyukur dia tersenyum dan baik-baik saja,” tulis seorang netizen.

“Sungguh mengagumkan betapa baiknya rakyat Palestin menjaga satu sama lain. Seluruh dunia patut melihat perkara ini,” tulis seorang lagi netizen yang mengagumi sifat rakyat Palestin.

“Saya tidak akan melupakan malaikat kecil ini. Sangat gembira mendengar perkhabaran dia berada dalam keadaan baik,” tulis seorang lagi netizen yang bersyukur Muhammad berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Sumber: Instagram/abdallah_alattar1999

The post Kanak-Kanak Palestin Tular Menggigil Ketakutan Akibat Serangan Bom Kini Kembali Ceria appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*