fbpx

Nama Kuantan Jadi Sebutan, Pahang Nak Berhubung Dengan Penulis Jujutsu Kaisen

kuantan jujutsu kaisen

Nama Kuantan Jadi Sebutan, Pahang Nak Berhubung Dengan Penulis Jujutsu Kaisen

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada hari ini dilapor membangkitkan perkara berkenaan nama Kuantan yang trending di media sosial selepas disebut dalam siri anime popular, Jujutsu Kaisen.

Memetik Sinar Harian, kerajaan Pahang ketika ini sedang menghubungi pihak Jepun bagi berhubung dengan penulis siri anime tersebut.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man dalam sidang DUN berkenaan.

Tambah Leong Yu Man, usaha itu adalah sebagai langkah bagi mempromosikan Kuantan, terutamanya bagi pantai yang berada di daerah tersebut.

“Ada peminat anime ini telah menanda dalam peta Google sebagai tugu peringatan kepada watak Kento Nanami.

“Jadi, kita berharap kerajaan negeri dapat endorsement daripada penciptanya. Supaya pantai itu menjadi tarikan terbaru buat peminat anime seluruh dunia,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Rosli Abdul Jabar (PN-Tanjung Lumpur).

Soalan itu dijawab Leong Yu Man dalam sesi Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang.

BACA: Disebut Nanami Dalam Jujutsu Kaisen, Nama Kuantan Tiba-tiba Jadi “Trending”

Sebelum ini, nama Kuantan menjadi trending di media sosial selepas ia disebut dalam satu episod anime yang ditayangkan pada bulan lepas.

Dalam episod ke-42 itu, watak anime iaitu Kento Nanami telah menyebut nama Kuantan di Malaysia sebagai destinasi terakhir sebelum kematiannya. Nanami menggambarkan pantai di Kuantan itu sebagai lokasi pilihan untuk dia menikmati persaraan dan menghabiskan sisa kehidupan.

Potongan klip babak berkenaan kemudian menjadi tular di media sosial sehingga nama Kuantan turut disebut-sebut.

Ekoran itu, rakyat Malaysia, khususnya warga Kuantan, berkongsi perasaan teruja kerana nama Kuantan tiba-tiba menjadi bualan dalam kalangan peminat anime di seluruh dunia.

Malah, warga tempatan turut mengambil kesempatan berkongsi keindahan panorama-panorama di ibu negeri Pahang itu di akaun media sosial masing-masing.

Sumber: Sinar Harian

The post Nama Kuantan Jadi Sebutan, Pahang Nak Berhubung Dengan Penulis Jujutsu Kaisen appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*