Kanak-kanak Solat Subuh Berjemaah Di Masjid Di Perlis Terima RM3 Seorang

kanak-kanak subuh berjemaah perlis rm3

Kanak-kanak Solat Subuh Berjemaah Di Masjid Di Perlis Terima RM3 Seorang

KANGAR, 30 Jan (Bernama) — Kanak-kanak yang menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid di Perlis akan menerima RM3 seorang menerusi Program ‘Rezeki Subuh’ yang dilaksanakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), bermula 1 Feb ini.

MAIPs dalam satu kenyataan memaklumkan program selama 40 hari itu bertujuan menggalakkan kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun untuk hadir menunaikan solat subuh secara berjemaah di 101 masjid di seluruh negeri.

“Pihak MAIPs memperuntukkan sumbangan berjumlah RM334,000 untuk pelaksanaan sumbangan RM3 bagi setiap kanak-kanak yang hadir menunaikan solat subuh berjemaah dalam tempoh berkenaan,” menurut kenyataan itu.

BACA JUGA: Geran Khas RM10k Untuk Kanak-kanak Datang Subuh Berjemaah Di MADAD

Kenyataan itu memaklumkan keputusan untuk pelaksanaan program itu diperoleh dalam Persidangan MAIPs Bilangan Pertama Bagi Tahun 2024 yang diadakan pada 23 Jan lepas di Bilik Senat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs berkenan melancarkan Program ‘Rezeki Subuh’ itu di akhir persidangan itu.

BACA: Ini Cara Mudah Semak Status Permohonan STR 2024

Sumber: Bernama

The post Kanak-kanak Solat Subuh Berjemaah Di Masjid Di Perlis Terima RM3 Seorang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*