Kandang Biri-biri Mewah 2 Tingkat Tular Di Media Sosial

Kandang kambing mewah

Kandang Biri-biri Mewah 2 Tingkat Tular Di Media Sosial

Kediaman mewah dua tingkat berkonsep minimalis di Indonesia yang disangka dihuni manusia pantas menjadi viral baru-baru ini.

Menurut Detik.com, rumah mewah tersebut sebaliknya dijadikan kandang biri-biri, sekaligus menimbulkan perdebatan dalam kalangan warga maya.

Berdasarkan video yang dimuat naik ke TikTok @afdholabadi, kandang biri-biri mewah itu terletak di Batu, Jawa Tengah.

Dalam video berkenaan, lokasi rumah tersebut berada di tengah-tengah rumah penduduk yang lain.

Manakala rumah berkenaan pula dicat dengan warna kelabu dan hitam.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke kediaman tersebut, kelibat dua lelaki dipercayai penjaga kandang berkenaan kelihatan.

Menurut Detik.com lagi, biri-biri yang diternak dalam premis berkenaan dipercayai spesis Batur.

Biri-biri Batur merupakan kacukan biri-biri ekor nipis dengan biri-biri morena. Spesis tersebut boleh ditemui di Daerah Batur dan sekitarnya.

Ternakan ini dibiak secara turun-temurun oleh masyarakat Kabupaten Banjarnegara, Jawa Tengah.

Difahamkan, biri-biri ini mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan pernah dijual sehingga harga ratusan juta rupiah.

@afdholabadi

#dombabatur #domba #dombasultan #dombatiktok #defitfarm

♬ Oh No – Kreepa

Pemilik video dedah cerita tentang rumah kambing tersebut

Sementara itu, Detik.com dalam laporannya berjaya menghubungi individu yang memuat naik video tersebut, Afdhol.

Kata Afdhol, rumah kambing itu adalah milik seorang lelaki bernama David.

“Di Batur, saya ada seorang kawan bernama Hadi yang ketika itu hendak membayar harga biri-biri yang dibeli.

“Kebetulan saya ada bersama. Jadi dia bawa saya ke tempat David, pemilik kandang biri-biri ini.

“Mulanya, saya ingat ini rumah biasa penduduk. Bila pintu dibuka, rupa-rupanya ini adalah kandang biri-biri.

“Katanya, David betu-betul sayangkan haiwan peliharannya” kata Afdhol.

Menurut Afdhol lagi, biri-biri berkenaan dijual pada harga yang tinggi antara Rp 10 juta (RM2,999) sehingga RP 100 juta (RM29,993) seekor.

Komen warga maya

Menjengah ke ruang komen video yang dimuat naik Afdhol, rata-rata warga maya cemburu dengan ‘kemewahan’ yang dinikmati biri-biri tersebut.

“Rumah kambing lebih elok daripada rumah saya,” tulis seorang pengguna TikTok

Ada juga warga maya yang tertanya-tanya dengan penerimaan penduduk di sekeliling kandang berkenaan.

“Baunya bagaimana? Jiran-jiran tiada yang mengadu?” tanya seorang warga maya.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Detik, TikTok/@afdholabadi

The post Kandang Biri-biri Mewah 2 Tingkat Tular Di Media Sosial appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*