130 Tahanan Rohingya Larikan Diri Giat Diburu Imigresen

130 tahanan Rohingya

130 Tahanan Rohingya Larikan Diri Giat Diburu Imigresen

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menegaskan pihaknya sedang giat memburu seramai 130 tahanan Rohingya yang berjaya merlarikan diri dari Depot Imigresen Bidor.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata bahawa operasi itu sedang dijalankan dengan kerjasama agensi lain.

“Maklumat awal melibatkan seramai 131 tahanan bertindak melarikan diri dari Depot Imigresen Bidor dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam.

“Satu tahanan telah disahkan meninggalkan dunia akibat kemalangan jalan raya menjadikan jumlah yang dikesan 130 individu,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Tambahnya, operasi itu disertai seramai 275 anggota daripada pelbagai agensi seperti JIM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) juga turut membantu operasi tersebut.

“Pagi ini, seramai 100 anggota yang terdiri daripada Imigresen Malaysia dan PGA telah ditambah untuk meneruskan misi pengesanan tahanan.

“Imigresen memohon jasa baik orang awam yang mempunyai maklumat terhadap tahanan yang melarikan diri ini supaya menghubungi Bilik Gerakan Depot Imigresen Bidor di talian 05-4348736, Balai Polis Bidor (05-4342222) dan Balai Polis Tapah (05-4011222),” katanya.

Semalam, seramai 131 tahanan yang merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Depot Tahanan Imigresen Bidor berjaya melarikan diri.

Kejadian sekitar 9.50 malam itu telah menyaksikan kesemuan tahanan Etnik Rohingya di bawah seliaan JIM telah melarikan diri.

Susulan kejadian itu, Op Tutup kemudiannya dijalankan di beberapa kawasan termasuk daerah Mualim bagi mengesan dan menjejaki mereka.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Sinar Harian

The post 130 Tahanan Rohingya Larikan Diri Giat Diburu Imigresen appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*