Kandungan Merkuri Terlalu Tinggi, Ibu Hamil Perlu Elak 6 Jenis Ikan Ini

Kandungan Merkuri Terlalu Tinggi, Ibu Hamil Perlu Elak 6 Jenis Ikan Ini

Pemakanan yang sihat semasa hamil amatlah disarankan bagi memastikan kelancaran proses kehamilan kerana ibu hamil yang mengalami alahan gara-gara tersalah makan adalah situasi yang sebolehnya mahu dielak.

Meskipun begitu, ibu hamil masih boleh menikmati juadah berasaskan ikan dan makanan laut yang lain bahkan ia juga penting untuk kesihatan anda dan bayi. Makanan laut seperti ikan, sotong, udang dan kerang memang tinggi dengan sumber zat besi, zink, protein dan lain-lain nutrisi yang penting untuk ibu hamil.

Makanan laut terutamanya ikan juga kaya dengan asid lemak omega-3 yang ternyata bagus untuk pembentukan dan perkembangan si kecil dalam kandungan. Tetapi terdapat beberapa jenis ikan yang tidak boleh dimakan ketika mengandung kerana mengandungi kadar merkuri yang tinggi dan boleh menyebabkan kerencatan mental, masalah jantung dan masalah kesihatan lain.

Jom ikuti perkongsian daripada @Farmacora di platform twitternya berkaitan 6 jenis ikan yang mengandungi kadar merkuri yang tinggi.

Ibu hamil kena elak 6 jenis ikan dibawah

1. Ikan Marlin

Kredit: Umpan

2. Ikan Todak

Kredit: flickr.com

3. King Mackerel

Kredit: naturerules1

4. Ikan Yu

Kredit: Umpan

5. Ikan Orange Roughy

Kredit: best present guide.id

6. Ikan Tilefish

Kredit: tokopertanian99.com

Makanan laut baik untuk diet ibu hamil cuma jangan makan ikan yang tersenarai di atas kerana ia akan memberi komplikasi kepada bayi anda dan ikuti nasihat daripada pakar perubatan untuk mengetahui makanan yang boleh dan tidak boleh anda makan.

Sumber: Farmacora via Twitter, HelloDoktor

The post Kandungan Merkuri Terlalu Tinggi, Ibu Hamil Perlu Elak 6 Jenis Ikan Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*