Kantin Sekolah Mesti Dibuka Sepanjang Ramadan  – Fadhlina

kantin sekolah ramadan

Kantin Sekolah Mesti Dibuka Sepanjang Ramadan  – Fadhlina

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengulangi bahawa kantin sekolah mestilah dibuka sepanjang bulan Ramadan, lapor Astro Awani.

Jelasnya, ia bagi menghormati antara satu sama lain dalam konteks bulan suci ini.

“Seperti biasa, saya sudah ulangi perkara ini pertamanya, kantin mesti dibuka. Kedua, mesti ada dari segi pendidikan berkaitan dengan kesedaran dan juga hormat khususnya sekolah-sekolah yang mempunyai anak-anak yang bukan beragama Islam.

“Jadi, proses pendidikan untuk memahamkan dan menghormati antara satu sama lain sangat penting dalam konteks Ramadan ini.

“Jadi, saya ingat, proses itu guru-guru mempunyai pengalaman untuk menguruskan sebarang isu ataupun dari segi penghormatan itu diberikan oleh semua pihak,” ujarnya.

Berita lanjut menyusul.

 

Sumber: Astro Awani

The post Kantin Sekolah Mesti Dibuka Sepanjang Ramadan  – Fadhlina appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*