Sekejap Je, Ini Cara Betul “Defrost” Ayam Beku Dari Peti Sejuk

cara defrost ayam

Sekejap Je, Ini Cara Betul “Defrost” Ayam Beku Dari Peti Sejuk

Apabila bercakap berkenaan ‘shopping‘ barang dapur para isteri pasti akan teruja sewaktu melakukan aktiviti tersebut.

Mana tidaknya, waktu inilah mereka mula merancang bahan apa yang hendak dibeli dan menu masakkan apa yang boleh dimasak dengan bahan yang dibeli.

Bahan mentah seperti ayam, daging, ikan dan lain-lain yang dibeli pula perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk dan disimpan di bahagian beku. Tujuannya adalah untuk memastikan kesegaran bahan tersebut bertahan lama.

Jika tidak dibekukan, bahan mentah tadi mungkin akan rosak dan tidak boleh digunakan lagi untuk dijadikan hidangan.

Oleh itu, ibu-ibu ataupun suri rumah mesti pernah mengalami kesukaran untuk menyahbekukan atau ‘defrost‘, misalnya ayam yang diletakkan dalam peti sejuk tadi.

Ada ke cara mudah ke untuk ‘defrost’ ayam beku tadi? Boleh ke kalau rendam dalam air paip sehingga dia cair dan lembut?

Jangan risau, persoalan tersebut ada jawapannya. Ikut perkongsian oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @shahidahazira berkenaan tips ‘defrost’ tersebut.

Menurut perkongsian itu, kaedah mudah yang boleh dilakukan adalah dengan meletakkan ayam tadi di ruangan peti sejuk (bukan beku) di bahagian ‘chiller’ seharian.

Sebagai contoh jika lauk seperti ayam tadi hendak dimasak pada keesokan harinya, maka lauk tadi sudah boleh diletakkan di bahagian bawah peti sejuk yang tidak beku.

Kaedah yang kedua adalah dengan merendamkan bahan mentah tadi ke dalam air pili yang bersih. Namun begitu, pastikan bahan mentah tadi tidak direndam dan didedahkan terlalu lama di luar peti sejuk.

Gambar via TikTok
Gambar via TikTok

Kaedah yang seterusnya ialah dengan menggunakan fungsi ‘defrost’ yang tersedia di ketuhar gelombang mikro di rumah anda. Setiap ketuhar gelombang mikro kebiasaannya mempunyai ciri ‘defrost’ yang tersedia bagi memudahkan proses menyahbeku.

Selain itu, jika tiada ketuhar gelombang mikro dirumah maka ibu-ibu boleh menggunakan periuk tekanan tinggi bagi melembutkan dan mencairkan bahan tersebut.

Namun begitu, menurut perkongsian itu, meletak atau mendedahkan bahan mentah beku berkenaan di singki terlalu lama boleh menyebabkan risiko keracunan makanan.

“Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, daging dan ayam mentah jika dibiar terlalu lama di luar boleh menyebabkan kuman dan bakteria berkumpul. Sekali gus boleh mengakibatkan keracunan,” tulis kapsyen muat naik video tersebut.

Perkongsian tips tersebut turut mendapat perhatian pengguna media sosial TikTok yang lain. Mereka juga sempat meninggalkan komen di ruangan komen video tersebut berkenaan dengan teknik yang mereka gunakan dalam menyahbekukan bahan mentah itu tadi.

Antara komen yang mendapat perhatian adalah:

“Letak bawah air mengalir kejap je dah ‘defrost’. Tak sampai sejam dah boleh masak. Air buka perlahan je tak perlu kuat,” tulis seorang netizen yang berkongsi teknik yang digunakannya.

“Seeloknya dari freezer ke chiller. Kalau nak guna untuk pagi esok, malam sebelum tidur keluarkan letak dekat chiller. Biar defrost sendiri dalam peti ais. Elak kuman dan bakteria,” tulis seorang lagi netizen berkenaan kaedah yang digunakannya.

“Bila masuk kursus pemakanan, baru tahu cara yang betul. Keluarkan dari freezer, letak dekat bahagian chiller ataupun letak di bawah air yang mengalir,” tambah seorang netizen yang mempunyai pengalaman dalam kursus pemakanan berkenaan teknik yang betul.

@yeayipee_babyfood

Mungkin ada dlm kalangan mommies yang meletakkan daging atau ayam beku di singki pada waktu pagi dan membiarkan ia seharian (melebihi 4 jam) untuk lembut dan boleh dimasak. Yelah sementara nak tunggu defrost tu elok lah kita buat kerja lain kan. Tapi sebenarnya aedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, daging dan ayam mentah , jika dibiar lama di luar adalah syurga buat kuman dan bakteria berkumpul sekali gus akibatkan keracunanSo apa yg mommies boleh buat?1. Letakkan daging atau ayam beku di ruangan peti sejuk (bukan beku), ‘chiller’ seharian.2. Rendamkan dalam air pili yang bersih.3. Guna fungsi ‘defrost’ ketuhar gelombang mikro.4. Guna periuk tekanan tinggi

♬ original sound – Zira share tips baby makan – yeayipee_babyfood

BACA: PDRM Tidak Kompromi, Lindungi Anggota Terlibat Salah Laku Jenayah – Razarudin

Sumber: TikTok

The post Sekejap Je, Ini Cara Betul “Defrost” Ayam Beku Dari Peti Sejuk appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*