Kapal Kargo Terbalik: 8 Kru Hilang Dipercayai Masih Terperangkap Dalam Kapal

 8 Kru Kapal Kargo Terbalik MasihTerperangkap, Apung Kapal Cara Terbaik Kesan Mangsa

Kapal Kargo Terbalik: 8 Kru Hilang Dipercayai Masih Terperangkap Dalam Kapal

Lapan orang kru yang terlibat dalam insiden kapal kargo terbalik berdekatan perairan Sebuyau, Sarawak dipercayai masih terperangkap dalam kapal terbabit.

Kapal kargo berkenaan dilaporkan terbalik kira-kira empat batu nautika ke barat laut Pulau Burung berdekatan perairan Sebuyau, Sarawak kira-kira 103 kilometer Sarawak pada waktu petang Khamis, semalam.

Kelapan-lapan mangsa dipercayai tidak dapat selamatkan diri kerana kejadian tersebut dengan sangat pantas iaitu, ketika ribut melanda pada malam Rabu lalu.

Berdasarkan laporan Astro Awani sebelum ini, kapal itu membawa beberapa anak kapal termasuk empat dari Malaysia.

Pengarah Maritim Negeri, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata KM Kinabalu telah digerakkan untuk membantu aktiviti mencari dan menyelamat mangsa.

“Kapal kargo tersebut dipercayai dalam perjalanan dari Riau ke Kuching,” katanya dalam satu kenyataaan media.

Apung kapal cara terbaik kesan lapan kru kapal terbalik

Sementara itu, BERNAMA melaporkan proses pengapungan kapal menjadi pilihan terbaik untuk mengesan kesemua kru kapal berkenaan yang masih hilang.

Jelas Zin Azman, memandangkan operasi menyelamat berisiko tinggi, pihak syarikat kapal perlu merancang dan melantik kontraktor yang berkemampuan dalam melaksanakan proses pengapungan itu.

“Proses ini perlu dilakukan secepat mungkin dan ia memakan masa agak lama kira-kira empat hingga lima hari kalau cuaca baik dan 10 hari atau lebih sekiranya cuaca buruk.

“Bukan mudah untuk mengenal pasti syarikat yang mampu melaksanakan proses pengapungan ini kerana ia memerlukan tenaga penyelam dan peralatan seperti kapal dan kren, yang mempunyai kapasiti mengangkat serta mengapungkan kapal tersebut,” jelasnya.

Menurutnya proses tersebut perlu dilakukan dengan teratur dan profesional. Selain itu, kerja-kerja pengapungan akan dihentikan sekiranya cuaca buruk kerana faktor keselamatan.

“Penyelam perlu kenal pasti tempat yang bersesuaian untuk membuat kimpalan bawah air dan di setiap tempat itu akan diikat dengan wayar untuk disambungkan pada kren yang akan tarik kapal itu secara perlahan,” katanya.

Beliau menambah, kapal tersebut kini terkandas di dalam air keruh pada kedalaman kira-kira 50 meter.

Dalam pada itu, Zin Azman berkata berdasarkan maklumat terkini hanya lapan anak kapal dikenal pasti berada di atas kapal berkenaan.

Syarikat kapal tersebut telah mengesahkan bahawa Maxwell Billy Stimba, 26, tidak menaiki kapal berkenaan.

BACA: Bang Yongguk ‘Hentikan’ Konsert, Ingatkan Peminat “Maghrib Dah Masuk”

Sumber: Sinar Harian & Bernama

The post Kapal Kargo Terbalik: 8 Kru Hilang Dipercayai Masih Terperangkap Dalam Kapal appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*