Siap Kena Angku Naik Lori, Busana Gergasi Aina Abdul Curi Tumpuan

Siap Naik Lori Lutsinar, Busana Gergasi Aina Abdul Cetus Kelainan

Siap Naik Lori Lutsinar, Busana Gergasi Aina Abdul Cetus Kelainan

Penyanyi sensasi, Aina Abdul membuat kemunculan luar biasa menerusi rekaan busananya dalam sebuah anugerah berprestij sebentar tadi.

Difahamkan, penyanyi tersebut bersama pasukannya hadir dengan menaiki lori dengan dilengkapi dengan dinding lut sinar dan tiba di pintu hadapan Istana Budaya.

Dalam lori lut sinar tersebut, Aina Abdul dilihat sedang mengenakan baju blazer oversize berwarna merah rekaan label fesyen, Behati.

Menurut Aina, beliau berasa selesa dengan konsep blazer bersaiz besar bersaiz empat kaki lebar yang direka oleh label berkenaan.

“Saya memang selesa dengan konsep blazer bersaiz besar seperti mana yang kerap saya pakai sebelum ini.

“Jadi, kali ini saya mengambil inspirasi daripada konsep itu dan meminta pereka untuk menghasilkan blazer bersaiz empat kaki lebar,” ujarnya.

Selain itu, Aina juga turut berkongsi maksud tersirat di sebalik rekaan busana yang dipakainya ketika menghadiri anugerah tersebut.

“Konsep bunga mawar pula adalah sebagai rentetan daripada konsep sebelum ini di mana saya memakai busana dengan inspirasi daripada mawar hitam. Kali ini saya memakai busana mawar merah.

“Saya mengambil masa tiga jam untuk disiapkan. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan hasilnya,” jelasnya.

Kemunculan Aina yang sangat luar biasa itu boleh dikatakan mirip  seperti acara Met Gala yang popular dalam menampilkan fesyen extravaganza selebriti.

Berita lanjut bakal menyusul

BACA: Bang Yongguk ‘Hentikan’ Konsert, Ingatkan Peminat “Maghrib Dah Masuk”

Sumber: Astro Gempak

 

The post Siap Kena Angku Naik Lori, Busana Gergasi Aina Abdul Curi Tumpuan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*