Bunyi Udang Dirakam, Rupanya Ini Sebab Kenapa Ia ‘Bersuara’

kenapa udang bunyi

Bunyi Udang Dirakam, Rupanya Ini Sebab Kenapa Ia ‘Bersuara’

‘Cuba buat bunyi udang dulu’

Dalam kalangan kita, mesti ada yang pernah dengar persoalan tersebut ditimbulkan. Pernah terfikir tak kenapa pertanyaan itu ditanya?

Kalau nak tahu, rata-rata antara kita masih belum tahu bagaimana bunyi binatang tersebut disebabkan itu mereka cuba melawak dengan menanyakan soalan sebegitu.

Kebiasaannya, haiwan laut memang sukar untuk kita tahu bagaimana mereka menghasilkan bunyi, seperti haiwan lain, udang juga menghasilkan bunyi.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Yummy Go, ia memaparkan video berkaitan udang galah yang ada Okinawa Street Food.

Kredit: Yummy Go/Youtube

Yang menariknya, video itu juga merakam bunyi udang galah sekali gus mematikan rasa tanda tanya orang ramai berkenaan bagaimana binatang itu mengeluarkan bunyi.

Tidak seperti udang yang lain, binatang itu secara aktif mengeluarkan bunyi seperti ‘tret tret tret’ yang seakan-akan menyerupai bunyi patah atau bunyi motor, ataupun bunyi seseorang menggunakan gergaji untuk potong kayu.

Kredit: Yummy Go/Youtube

Tonton video berkenaan di Youtube di bawah dan penerangan kenapa udang kara mengeluarkan bunyi ada di perenggan berikutnya.

BACA: Jari Bertukar Gelap Dan Mula Demam, Lelaki Kehilangan Jari Setelah Tertusuk Ketika Basuh Udang Mentah

Kenapa udang berbunyi?

Merujuk Inside Science, penyelidik memaklumkan bahawa udang galah menghasilkan bunyi yang boleh didengari dari jarak yang ‘mengejutkan’.

Apabila udang galah menggosok sambungan sesungut mereka pada bahagian badan yang tegar di bawah mata, ia mengeluarkan bunyi serak.

Bunyi tersebut kemungkinan boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan udang galah lain atau untuk menghalau pemangsa.

Persoalan ini terjawab selepas sekumpulan penyelidik melakukan kajian di satu lokasi perairan (laut) cetek di luar Pantai Brittany di barat Perancis satu ketika dahulu.

Dalam eksperimen untuk mencuri dengar ‘suara’ haiwan berkenaan, mereka mengumpulkan 24 ekor udang galah berduri (lobster) dengan saiz berbeza, meletakkan tanda kepadanya serta satukannya di dalam sangkar keluli di sepanjang bahagian berbatu di perairan itu.

Mereka juga meletakkan lapan mikrofon bawah air dalam satu barisan, bermula 16 kaki dari udang galah dan berakhir 328 kaki dari mereka, akhirnya merakam 1,560 bunyi yang dikeluarkan binatang itu.

Pada jarak yang paling jauh, hanya bunyi udang galah besar boleh dirakam. Sekumpulan saintis itu kemudiannya membuat spekulasi bahawa dengan bunyi latar belakang yang rendah, udang galah berduri terbesar boleh membuat bunyi yang didengari lebih daripada 1.8 batu (2.9 kilometer) jauhnya.

Menurut saintis, bunyi tersebut adalah penting kerana ia boleh digunakan sebagai cara memantau kesihatan ekologi udang galah secara pasif.

Lautan bukan ‘dunia sunyi’

Pada tahun 1956, Jacques Cousteau menggambarkan persekitaran bawah air sebagai ‘dunia senyap’.

Bagaimanapun, andaian tersebut tidak tepat kerana lautan mempunyai bunyi yang berbagai disebabkan terdapat pelbagai spesies menetap di kawasan tersebut.

Antaranya, boleh mendengar bunyi ikan yang merengus sehingga bunyi udang ‘patah’. 

Sumber: Yummy Go/Youtube, Inside Science

The post Bunyi Udang Dirakam, Rupanya Ini Sebab Kenapa Ia ‘Bersuara’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*