Karim Benzema Ikat Kontrak 3 Tahun Di Al Ittihad

benzema al ittihad

Karim Benzema Ikat Kontrak 3 Tahun Di Al Ittihad

Bekas penyerang Real Madrid, Karim Benzema dilapor sudah pun menyertai kelab bola sepak Arab Saudi, Al Ittihad secara rasmi dengan kontrak perjanjian tiga tahun, lapor Al-Jazeera.

Tanpa mendedahkan butiran perjanjian atau gaji Benzema, kelab itu berkata pemain berusia 35 tahun itu telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan menurunkan tandatangan di Madrid pada Isnin lalu.

“Saya teruja untuk menghadapi liga bola sepak baharu di negara berbeza.

“Saya bernasib baik kerana dapat mencapai semua perkara yang menakjubkan dalam kerjaya semasa berada di Sepanyol dan Eropah.

“Sekarang saya merasakan ia adalah masa yang sesuai untuk cabaran dan projek baharu,” kata Benzema dalam kenyataan.

Pemain Perancis itu melengkapkan perpindahan dari Liga Sepanyol ke Liga Pro Saudi selama dua hari selepas bermain perlawanan terakhirnya untuk Real Madrid.

Pemegang Ballon d’Or itu menyertai bekas rakan sepasukannya di Real Madrid, Cristiano Ronaldo dalam Liga Pro Saudi selepas pemain terbaik dunia itu berpindah ke Al Nassr dari Manchester United selepas Piala Dunia tahun lalu.

“Al Ittihad mempunyai sejarah yang menakjubkan, peminat yang bersemangat besar dan cita-cita tinggi dalam bola sepak telah berkuasa di Asia selepas memenangi liga,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merujuk kepada kejuaraan Liga Saudi kesembilan kelab baharunya.

BACA: Sah Tinggalkan Real Madrid, Benzema Terbang Ke Kelab Arab Saudi, Al Ittihad

Pencapaian bersejarah

Kredit: Al-Jazeera

Sementara itu Presiden Al Ittihad Anmar Abdullah Alhailae yang hadir pada sesi tandatangan di Madrid berkata semua mata tertumpu kepada Benzema.

Hal ini kerana Benzema memakai jersi nombor sembilan dan membuat penampilan sulung di Liga Saudi musim depan.

“Untuk menandatangani pemegang Ballon d’Or semasa di Real Madrid adalah (suatu) peristiwa bersejarah untuk kelab istimewa ini,” katanya.

Untuk rekod, Benzema menyertai Madrid pada tahun 2009 dari pasukan Ligue 1 Lyon.

Sepanjang karier cemerlangnya selama 14 tahun di kelab itu, Benzema memenangi lima Liga Juara-juara, empat gelaran LaLiga dan tiga Copas del Rey.

Dia membuat sebanyak 648 penampilan dan berada di tempat kedua dalam senarai penjaring gol terbanyak sepanjang masa Madrid dengan jumlah 354 gol.

Hanya Ronaldo yang mempunyai lebih banyak gol yang dilakukan.

Al Ittihad menggelar kedatangan Benzema sebagai perpindahan paling terkesan dalam sejarah kelab.

Ini kerana ia bersaing dengan kelab yang berpangkalan di Riyadh, Al Hilal dan Al Nassr dalam usaha mereka untuk menandatangani nama terbesar bola sepak.

Pada Isnin lalu, kerajaan mengumumkan rancangan untuk mengumumkan rancangan menswastakan kelab bola sepak terkemuka termasuk Al Ittihad.

Rancangan itu termasuk membolehkan syarikat dan agensi pembangunan melabur dan mengambil alih.

Langkah itu bertujuan meningkatkan pendapatan Liga Pro Saudi kepada 2 bilion setiap tahun menjelang 2030.

Sumber: Al-Jazeera

The post Karim Benzema Ikat Kontrak 3 Tahun Di Al Ittihad appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*