Dua Maut, Batu Besar Bergolek Turun Bukit Hempap Kereta

Gelongsoran Batu Besar Ragut Dua Nyawa Di Dimapur, Nagaland

Dua Maut, Batu Besar Bergolek Turun Bukit Hempap Kereta

Tular satu rakaman hari ini yang menunjukkan kejadian ngeri sebuah kereta dihempap batu besar yang bergolek dari sebuah bukit.

Menurut portal media ANI, kejadian berkenaan dilapor berlaku berdekatan pintu pemeriksaan lama Chumukedima di daerah Dimapur, India pada 4 Julai.

Insiden berkenaan berjaya dirakam menerusi sebuah kamera papan pemuka (dashcam) milik kenderaan yang berada di belakang kenderaan yang terlibat.

Berdasarkan video berdurasi lima saat tersebut, permukaan jalan kelihatan basah dipercayai akibat hujan yang turun di lokasi kejadian.

Dua maut kereta kena hempap dengan batu besar bergolek turun bukit

Manakala deretan kereta dilihat tidak bergerak, termasuk kereta yang terlibat dipercayai sedang menunggu giliran untuk melalui pintu pemeriksaan.

Pada pertengahan video, sebuah batu bersaiz besar dilihat menggelongsor dari bahagian kanan pemandu. Batu tersebut terus bergolek dan menghempap sebuah kereta sebelum terkena beberapa kenderaan yang lain.

Menurut India Today NE, kejadian itu menyebabkan sebuah kereta remuk teruk dan beberapa kenderaan yang lain kemek.

“Hari ini (4 Julai), insiden gelongsoran batu berlaku di Lebuhraya Nasional, kira-kira 5.00 petang di antara Dimapur dan Kohima. Ia menyebabkan kerosakan teruk pada kenderaan termasuk dua kematian dan kecederaan serius untuk tiga lagi mangsa,” tulis Ketua Menteri Nagaland, Neiphiu Rio dalam akaun Twitternya.

Menurut Neiphiu Rio, lokasi kejadian diberi jolokan sebagai ‘pakala pahar‘ iaitu kawasan yang terkenal dengan kes tanah runtuh dan gelongsoran batu.

Justeru, kerajaan negeri telah mengambil langkah seperti menawarkan perkhidmatan kecemasan dan bayaran ex-gratia kepada waris mangsa yang korban sebanyak Rs 400,000 (RM22,620) setiap seorang.

 

Mangsa yang mengalami kecederaan turut diberikan rawatan perubatan dengan segera.

Sejak dimuat naik oleh ANI ke laman Twitter hari ini, video tragedi berkenaan sudahpun ditonton lebih 1.8 juta kali dan diulang kicau lebih seribu kali.

BACA: Pakai Satu Bahan Je, Ini Tips Mudah Bersih Minyak Masak Tumpah Atas Lantai

Sumber: India Today NE

The post Dua Maut, Batu Besar Bergolek Turun Bukit Hempap Kereta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*