Kasih Ibu Mekar Di HABIB

Sentiasa Disayangi, Selamanya Dihargai
Kasih terindah adalah kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.” – Kosa kata yang sering digunakan untuk menggambarkan nilai kasih dan pengorbanan ibu yang tiada tandingan.

Sempena Hari Ibu yang menjelang tiba, tunjukkan tanda sayang kepada ibu anda dengan pemberian hadiah yang bermakna daripada HABIB.

Terkenal dengan koleksi barangan kemas yang berkualiti dan bermutu tinggi, HABIB menyediakan pelbagai pilihan terbaik untuk semua insan tersayang, termasuklah yang bergelar ibu. Antara koleksi-koleksi yang menjadi kegemaran adalah cincin berlian, sama seperti kasih seorang ibu, kekal berharga selamanya.  Melambangkan sebuah janji, cincin juga boleh ditafsirkan sebagai simbol untuk menjaga dan mengasihi ibu anda hingga ke hari tua.

Koleksi Empress

Sesuai untuk bonda anda yang bertaraf permaisuri, koleksi Empress daripada HABIB ini terkenal dengan keunikan potongan berlian berbentuk Princess dan Marquise yang disusun cantik untuk memberikan ilusi sebutir berlian yang besar. Tersedia elegan dalam emas putih 750 (18K), koleksi ini mempunyai pelbagai pilihan untuk memenuhi citarasa dan bajet anda!

Koleksi Eksklusif

Raikan ibu anda yang tersayang dengan barang kemas eksklusif HABIB, sebagai simbol kasih yang tidak ternilai. Dengan barangan kemas bertatahkan kombinasi berlian berkilauan dan batu permata beraneka warna yang memukaukan, serlahkan persona ibu anda bersama koleksi eksklusif ini yang semestinya menjadi idaman setiap wanita!

Koleksi Kerongsang

Kerongsang adalah aksesori indah lagi praktikal yang boleh digunakan harian dan juga sebagai pelengkap busana ke pelbagai acara. Sangatlah sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah Hari Ibu. Cuci mata dengan aneka pilihan kerongsang bertatahkan berlian yang diikat emas 750 (18K), dengan rekaan yang berbeza. Yang klasik mahupun moden, semuanya tersedia di HABIB.

Emas, Pelaburan Sepanjang Zaman

Sebuah hadiah klasik yang tidak lapuk ditelan zaman, emas berharga ini kebiasaannya dijadikan harta pusaka turun temurun. HABIB menawarkan pelbagai jenis barang kemas emas yang semestinya akan membuat setiap ibu jatuh cinta!

Antaranya adalah koleksi ikonik Oro Italia 916 HABIB yang direka khas dengan sentuhan kesenian dari Itali.  Rantai tangan moden dan kontemporari ini mempunyai cangkuk yang
tersembunyi, menjadikannya unik dengan cara tersendiri. Dengan pilihan dua rona berbeza iaitu emas kuning atau emas ros, yang manakah pilihan kegemaran ibu anda?

Set Sepadan Ibu Dan Anak

Kemesraan seorang ibu dan anaknya adalah sesuatu yang kekal erat untuk seumur hidup. Sebagai simbol keakraban, dapatkan set barangan kemas sepadan dan bahagiakan mereka dengan sebuah peringatan kasih ibu dan anak dalam bentuk hati yang manis.

Sebagai seorang ibu, anda boleh juga pilih untuk menghadiahkan diri dengan ganjaran istimewa sempena Hari Ibu. Rancangkan hari spesial anda bersama anak perempuan anda untuk meluangkan masa untuk memilih sendiri set sepadan kegemaran di HABIB. Perkhidmatan mengukir nama juga turut ditawarkan, jadi ciptalah memori indah baru dan sambutlah Hari Ibu bersama kami hari ini.

 

The post Kasih Ibu Mekar Di HABIB appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*