Gelaran Wanita Tercantik Di Dunia Kekal Milik Jisoo Blackpink

wanita tercantik jisoo

Gelaran Wanita Tercantik Di Dunia Kekal Milik Jisoo Blackpink

Ahli kumpulan Blackpink, Kim Jisoo sekali lagi telah dinobatkan sebagai Wanita Paling Cantik Di Dunia 2023 oleh Majalah Nubia.

Ia diputuskan menerusi tinjauan global yang dilakukan selama tiga bulan bermula Julai lalu.

Menurut Majalah Nubia, Jisoo yang juga penyanyi dan pelakon itu muncul sebagai pemenang selepas menerima 200 ribu undian dari 86 negara.

Manakala, bagi tempat kedua dimenangi oleh penyanyi kumpulan Twice, Tzuyu dan diikuti penyanyi rap Blackpink, Lisa, di tempat ketiga.

Difahamkan juga, seramai 40 selebriti wanita yang tersenarai dari serata dunia dan tinjauan itu berjaya mengumpulkan undian lebih satu juta dari orang ramai di 116 negara.

Negara yang mendahului dalam membuat undian tersebut adalah Mexico, Peru, Colombia, Mesir, Arab Saudi, Iraq, Argentina, Brazil, Algeria, Thailand, Filipina, UAE, Indonesia, Singapura, Jepun, Amerika Syarikat, Sepanyol, Korea Selatan, dan banyak lagi.

Kredit: Nubia Page

Sijil bagi pengiktirafan tersebut akan diberikan kepada YG Entertainment selepas perjumpaan bersama artis itu.

Dua kali berturut memenangi Wanita Tercantik Di Dunia

Julai tahun lalu, Jisoo juga adalah pemenang bagi Wanita Tercantik Di Dunia 2022 di antara 20 selebriti wanita yang dicalonkan dari seluruh dunia.

Pada ketika itu, Jisoo telah memperoleh sebanyak 480,356 undian (44.78) dari 98 negara.

Sedikit maklumat mengenai Jisoo, dia telah memulakan kerjaya sebagai vokalis utama dan visual utama Blackpink, yang ditubuhkan oleh YG Entertainment pada tahun 2016.

Sejak penampilan sulungnya, dia telah mendapat sokongan orang ramai susulan untuk kecantikannya yang menakjubkan.

Karisma, wajah dan daya tarikannya turut menarik perhatian jenama di luar Korea, di mana dia juga telah dipilih untuk menjadi duta global jenama mewah terkemuka seperti Cartier dan Dior.

Seperti yang diketahui, Jisoo bukan sahaja mengukuhkan pengaruh dan impaknya dalam bidang muzik dan fesyen tetapi juga dalam bidang lakonan.

Pada 2021, pelantun lagu Flower itu juga membuat kemunculan sulung sebagai pelakon dengan memainkan watak Eun Young Ro dalam drama hit Snowdrop yang turut dibintangi oleh Jung Hae In.

Sumber: Nubia Page, Kpopstarz

The post Gelaran Wanita Tercantik Di Dunia Kekal Milik Jisoo Blackpink appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*