Pemilik Restoran ‘Buka Pintu’ Untuk Mangsa Gempa, Bagi Makan & Minum Percuma

restoran bagi makanan percuma mangsa gempa

Pemilik Restoran ‘Buka Pintu’ Untuk Mangsa Gempa, Bagi Makan & Minum Percuma

Seorang pemilik restoran kebab di wilayah Adana, selatan Turkiye telah ‘membuka’ tiga restorannya kepada mangsa yang terselamat daripada gempa bumi yang melanda Turkiye, Isnin lalu.

“Selepas gempa bumi pertama, kami fikir tempat paling selamat untuk pergi ialah restoran. Tadi hujan. Kami melihat ramai orang menunggu di dalam kereta mereka, duduk di kaki lima atau hanya berkeliaran tanpa tujuan.

“Jadi, saya segera membuka pintu restoran dan menyediakan makanan, sup dan teh percuma sejak itu,” kata Salih Oral, pemilik restoran itu.

Difahamkan, sejak 48 jam yang lalu, mangsa yang terjejas akibat gempa bumi mula masuk dan berteduh di restorannya.

Tidak hanya itu, Oral juga dikatakan telah menghantar makanan ke bandar berdekatan yang terjejas, termasuklah Kahramanmaras dan Hatay.

Pemilik Restoran 'Buka Pintu' Untuk Mangsa
Kredit: AnadoluA

“Dalam agama kita, Islam adalah wajib untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu Leyla Arslan, seorang suri rumah yang berusia 65 tahun telah berteduh di restoran Oral sejak hari gempa bumi pertama melanda pada pagi Isnin lalu.

“Saya sangat panik sehingga saya hampir melompat dari balkoni semasa gempa bumi. Saya dan suami berpelukan di bawah pintu depan sehingga gegaran berhenti,” katanya.

Sejak itu, dia dan suaminya membuat keputusan untuk tinggal di salah satu restoran milik Oral. Selain Arslan, Didem Incekuran, 24, turut menginap di restoran berkenaan sejak Isnin.

“Saya tahu saya sepatutnya menemui tempat selamat di rumah semsa gempa bumi, tetapi saya panik dan berlari ke tingkat bawah. Kami tidak mahu pulang. Kami berasa selamat di sini,” tambahnya.

Bagaimanapun, Oral bukan satu-satunya restoran yang membantu mangsa gempa bumi.

Malah difahamkan banyak lagi restoran dan kafe di Adana turut membuka pintu sepanjang masa untuk menyediakan tempat perlindungan kepada penduduk tempatan yang kehilangan tempat tinggal.

Kredit: AnadoluA

“Sudah tiba masanya untuk kita bersatu. Dalam agama kita, Islam adalah wajib untuk membantu mereka yang memerlukan,” kata Oral.

Setakat ini, sekurang-kurangnya lebih daripada 16,000 orang terkorban di Turkiye selepas gempa kuat mengegarkan bahagian selatan negara itu.

Gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 magnitud itu, berpusat di wilayah Kahramanmaras, melanda 10 wilayah dan menjejaskan lebih 13 juta orang.

Susulan itu, Turkiye telah mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah yang dilanda gempa bumi termasuk Kahramanmaras, Hatay, Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Kilis, Malatya, Osmaniye, dan Sanliurfa.

Beberapa negara di rantau itu termasuk Syria dan Lubnan turut merasakan dua gempa bumi kuat yang melanda Turkiye dalam tempoh kurang 10 jam.

Sementara itu, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, “Kami menghadapi salah satu bencana terbesar bukan sahaja dalam sejarah Republik Türkiye tetapi juga dalam geografi dan dunia.”

 

Sumber: AnadoluA

The post Pemilik Restoran ‘Buka Pintu’ Untuk Mangsa Gempa, Bagi Makan & Minum Percuma appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*