Kayuh Basikal Lebih 70km Untuk Cari Kerja, Lelaki Ditemui Maut

Kayuh Basikal Lebih 70km Untuk Cari Kerja, Lelaki Ditemui Maut

Seorang lelaki ditemui mati di perhentian bas di wilayah Isaan, Roi Et, Thailand selepas berbasikal hampir 70 Kilometer untuk mencari pekerjaan, lapor The Thaiger.

Lelaki itu dipercayai mengalami serangan jantung sewaktu kejadian tersebut berlaku. Penduduk tempatan juga turut mendakwa bahawa dia telah dilanggar oleh sebuah kereta sehari sebelum dia meninggal dunia dan enggan mendapatkan rawatan.

Pegawai dari Balai Polis Mueang Roi Et dimaklumkan oleh penduduk tempatan dalam Komuniti Baan Kiat Leung di Roi Et semalam berkenaan penemuan mayat lelaki itu.

Mangsa yang dikenali sebagai Chaimongkhon Klaharn berusia 47 tahun ditemui mati di perhentian bas berhampiran komuniti tersebut.

Sewaktu tiba di tempat kejadian, polis mendapati Chaimongkhon telah terbaring di tempat duduk di bawah perhentian bas berbumbung berkenaan.

Dia hanya memakai seluar pendek dan dua helai baju, kemeja lengan panjang berwarna hitam dengan t-shirt berwarna kelabu di bawahnya.

Chaimongkhon mempunyai kesan calar di muka dan badan. Basikal berwarna merah juga diletakkan berdekatan dengannya. Pegawai polis dapat mengenal pasti identitinya selepas kad pengenalannya ditemui bersama barangan milik mangsa.

Penduduk tempatan yang bertemu dan bercakap dengan Chaimongkhon sehari sebelumnya pada Selasa lalu memberitahu polis bahawa dia telah dilanggar oleh sebuah pikap pada hari berkenaan.

Chaimongkhon enggan pergi ke hospital dan berkeras untuk berehat di perhentian bas berkenaan.

Chaimongkhon pernah memberitahu penduduk tempatan bahawa dia telah berbasikal selama beberapa hari dari rumahnya di Yasothorn. Tambahnya, apabila tiba di Khon Kaen dia akan berbasikal sejauh 200 kilometer lagi untuk mencari pekerjaan.

Menurut penduduk lagi, Chaimongkhon tidak mempunyai wang untuk makan dan penginapan jadi dia hanya berharap untuk makan dan tidur di kuil sepanjang perjalanannya itu. Jarak dari wilayah asalnya Yasothorn ke tempat dia ditemui mati hampir 70 kilometer.

Mayat Chaimongkhorn telah dihantar ke Hospital Roi Et untuk dibedah siasat. Doktor melaporkan bahawa dia telah meninggal dunia kira-kira lapan jam sebelum mayatnya ditemui.

Chaimongkhorn meninggal dunia akibat kegagalan jantung ketika cuaca sejuk dan kecederaan yang dialami ketika terlibat dalam kemalangan kereta. Mayatnya telah disimpan di hospital sementara menunggu ahli keluarganya.

Sumber: The Thaiger

The post Kayuh Basikal Lebih 70km Untuk Cari Kerja, Lelaki Ditemui Maut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*