KBS Perkenal Skim Kontrak Penggajian Atlet (SKPA), Tingkatkan Elaun Latihan

Kuala Lumpur, 12 Januari – Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh telah memperkenalkan Skim Kontrak Penggajian Atlet (SKPA) bagi menjamin masa hadapan setiap atlet.

Skim ini bagi memastikan caruman dalam KWSP dan PERKESO dibuat bagi setiap atlet kebangsaan selain meningkatkan jumlah elaun latihan sedia ada mengikut program atlet selain mengkaji semula elaun menerusi Skim Jurulatih Kebangsaan.

Memetik kenyataan dikongsikan Majlis Sukan Negara, KBS akan memperkasakan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dengan penyaluran bantuan bagi mengendalikan aspek perancangan seperti latihan, penyertaan ke acara antarabangsa, pengawalan peralatan latihan serta bayaran elaun para atlet.

Ujar Hannah, KBS akan terus fokus menjayakan misi menambah pingat emas pada Sukan Olimpik Paris akan datang selain menganjurkan temasya utama seperti Sukan Malaysia XXI Sarawak 2024 dan Le Tour de Langkawi 2024 serta mempersiapkan Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2025 di Thailand.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Amanat Menteri Belia dan Sukan 2024 di MSN, Bukit Jalil semalam. Acara turut dihadiri para atlet, jurulatih dan Persatuan Sukan Kebangsaan.

The post KBS Perkenal Skim Kontrak Penggajian Atlet (SKPA), Tingkatkan Elaun Latihan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*