Syed Saddiq Tidak Bacul Seperti Sesetengah Pemimpin – Zuraida

Syed Saddiq Tidak Bacul

Syed Saddiq Tidak Bacul Seperti Sesetengah Pemimpin – Zuraida

Datuk Zuraida Kamaruddin, Timbalan Pengerusi Muafakat Nasional (MN) pada hari ini telah memuji Syed Saddiq sebagai pemimpin muda yang bersikap berani, lapor Sinar Harian.

Selain itu, Bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik (Muda) itu juga dipuji kerana tidak menggunakan jawatan dan hubungannya dengan Kerajaan Persekutuan.

Terutamanya ketika dalam prodisiding mahkamah berkenaan kes yang melibatkan dirinya.

Menurut Zuraida, tindakan Syed Saddiq berbeza dengan beberapa pemimpin senior lain ketika berdepan dengan kesalahan kes jenayah kolar putih tersebut.

“Sesetengah pemimpin sanggup menggunakan pelbagai helah untuk cuba melepaskan diri mereka dari menghadapi pertuduhan di mahkamah.

“Syed Saddiq tak bacul seperti pemimpin tersebut, beliau memilih meniti proses undang-undang mengikut tertib dan aturan yang sepatutnya,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada semalam telah memutuskan Syed Saddiq bersalah atas empat pertuduhan di mahkamah tersebut.

Pertuduhan itu membabitkan pecah amanah, salah guna harta dan penggubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Susulan keputusan itu, bekas Presiden Muda itu kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dengan dua sebatan serta denda sebanyak RM10 juta.

Hakim telah membuat keputusan yang adil

Tambah Zuraida, setelah mendengar hujahan bagi kedua-dua pihak, hakim telah membuat keputusan yang seadil mungkin dalam perbicaraan tersebut.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

“Masih terdapat ruang Syed Saddiq mengemukakan rayuan terhadap keputusan ini. Dan saya berharap beliau akan menggunakan peluang sebaik mungkin untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

“Saya berharap Syed Saddiq terus tabah dan teruskan perjuangan untuk membela rakyat. Khususnya bagi kawasan Parlimen Muar yang merupakan tempat beliau wakili,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

The post Syed Saddiq Tidak Bacul Seperti Sesetengah Pemimpin – Zuraida appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*