Kelasakan JAECOO J7 Terserlah Di M4TREC

Kelasakan JAECOO J7 Terserlah Di M4TREC

Keupayaan “off road” untuk pengembaraan lasak bagi Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) premium sulung oleh JAECOO Malaysia, model J7, telah diuji di Pusat Latihan dan Pengalaman 4WD Malaysia (M4TREC) di Semenyih baru-baru ini. Para pemandu mahupun penumpang telah menyaksikan keunggulan model J7 semasa mengemudi litar yang menampilkan enam jenis cabaran dinamik.

Menguasai Kerumitan Keadaan Pemanduan Yang Pelbagai

“JAECOO kini mendefinisikan semula pengalaman pemanduan ‘off-road’ dengan penuh gaya dan sofistikasi, seiring dengan etos jenama JAECOO iaitu, “From Classic, Beyond Classic“. Dengan azam menetapkan penanda aras sebagai SUV pencabar dalam segmen C, J7 menjanjikan kawalan pemanduan yang unggul untuk menavigasi pelbagai cuaca dan keadaan jalan, serta permukaan tanah,” kata Presiden JAECOO Malaysia, Leo Chen, tentang daya tarikan jenama JAECOO yang tersendiri. 

“Jangkaan terhadap kenderaan SUV hari ini jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini selaras dengan pengalaman pemanduan dinamik yang dihadapi pemandu hari ini. Dengan mempamerkan kestabilan dan kebolehpercayaan model J7 yang terbaik dalam kelasnya semasa mengharungi pelbagai jenis rintangan mencabar di M4TREC baru-baru ini, kami memberi keyakinan kepada pemandu agar tidak gentar apabila menerokai pengembaraan di luar,” kata Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek.

Sistem pemacu pintar

jaecoo j7 m4trec
Model J7 menggabungkan Sistem Pintar Pemanduan Semua Jalan (ARDIS) dengan tujuh mod pemanduan mengikut permukaan jalan.

Model J7 menggabungkan Sistem Pintar Pemanduan Semua Jalan (ARDIS) dengan tujuh mod pemanduan mengikut permukaan jalan. Selain mod ekonomi, biasa dan Standard Sport, varian JAECOO J7 Pacuan Semua Roda (AWD) khususnya, mempunyai empat mod permukaan jalan tambahan untuk mengemudi permukaan berpasir, berlumpur, medan salji dan medan ‘off road’. Model J7 juga mempunyai kapasiti harungan air sedalam 600 mm yang turut diuji di persekitaran harungan air dalam (Deep water wading) di litar M4TREC. Ini membuktikan kebolehan model J7 yang tiada tandingan dalam menempuhi keadaan pemanduan yang mencabar.

jaecoo j7 m4trec
odel J7 juga mempunyai kapasiti harungan air sedalam 600 mm yang turut diuji di persekitaran harungan air dalam (Deep water wading) di litar M4TREC.

Kamera 540 darjah SUV ini berfungsi sebagai alat penting semasa mengemudi laluan berhalangan di M4TREC. Gambaran serba dinamik yang dipaparkan pada skrin infotainment bersaiz 14.8-inci (AWD) hasil daripada kamera ini memberikan pemandu pandangan persekitaran kenderaan berupa tiga dimensi (3D) dan secara telus dengan satu sentuhan butang.

Kawalan Pemanduan Intuitif

jaecoo j7 m4trec
Transmisi dwi-klac 7-kelajuan (7-DCT) ini membolehkan peralihan kelajuan sepantas 0.2 saat. Ini memperkasakan para pengembara untuk mengharungi keadaan permukaan jalan yang sukar diramal serta dalam apa jua keadaan cuaca.

Dilengkapi dengan enjin 1.6TGDI, model J7 memberikan kuasa maksimum yang mengagumkan sebanyak 194 HP dan 290Nm tork. Tambahan pula, transmisi dwi-klac 7-kelajuan (7-DCT) ini membolehkan peralihan kelajuan sepantas 0.2 saat. Ini memperkasakan para pengembara untuk mengharungi keadaan permukaan jalan yang sukar diramal serta dalam apa jua keadaan cuaca.

Selain itu, intervensi tork AWD mempunyai tempoh tindak balas sepantas 0.1 saat apabila mengemudi keadaan memandu yang mencabar.

JAECOO Malaysia telah membawa model SUV J7 menempuh cabaran litar M4TREC yang merangkumi ujian sisi cerun, ujian artikulasi, ujian lintasan bukit (ridge crossing), ujian “roller ramp”, dan persekitaran harungan air.

Sila rujuk lampiran di muka surat 3 dan 4 untuk melihat ciri-ciri ‘off-road’ yang diserlahkan sepanjang sesi pandu uji di M4TREC. Untuk butiran lanjut, sila layari www.jaecoo.com.my dan ikuti platform media sosial JAECOO Malaysia.

The post Kelasakan JAECOO J7 Terserlah Di M4TREC appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*