Kejap Kiri Kejap Kanan, Kenapa Posisi Tangki Minyak Tak Sama Setiap Kereta? Ini Jawapannya

Kejap Kiri Kejap Kanan, Kenapa Tangki Minyak Kereta Tak Berada Pada Sisi Yang Sama?

Kejap Kiri Kejap Kanan, Kenapa Posisi Tangki Minyak Tak Sama Setiap Kereta? Ini Jawapannya

Kebanyakan orang awam pada hari ini menggunakan kenderaan berenjin bahan api fosil sebagai alat pengangkutan utama untuk bergerak daripada satu tempat ke satu tempat.

Tidak kira sama ada kereta peribadi, kereta sewa atau kereta yang dipinjam, kereta memerlukan bahan bakar petrol untuk bergerak.

Jika yang dipandu adalah kereta sendiri, anda mungkin tidak kekok untuk menentukan posisi tangki minyak kenderaan berada di sisi mana sebelum mengisi minyak.

Namun begitu, isu mula akan timbul apabila anda memandu kereta bukan kepunyaan anda atau kereta daripada jenama yang anda tidak lazimi memandu.

Sebelum masuk ke stesen minyak, tentu panik sekejap kan nak menentukan tangki minyak berada di sisi mana pada badan kenderaan.

Rata-rata, kebanyakan pemandu pernah mengalami situasi tersebut dan menggelabah semasa membawa kereta terbabit ke stesen minyak.

Akan tetapi, pernah atau tidak kita terfikir, mengapa pembuat kereta tidak menyelaraskan kedudukan tangki minyak pada kereta. Sekurang-kurangnya, dapatlah memudahkan urusan kita, kan?

Kenapa tangki minyak kenderaan sekejap berada di sebelah kiri, manakala jenama lain pula berada di sebelah kanan?

Menurut Reader Digest,  Mac Demere, seorang penulis di syarikat insurans, Allstate pernah mengkaji dan mencari jawapan kepada persoalan ini pada 2014.

Menariknya, beliau mendapati bahawa tiada ketetapan rasmi bagi para pembuat kenderaan untuk menentukan sisi mana yang patut dipilih untuk diletakkan tempat isi minyak. Senang cerita, kedudukan tempat isi minyak adalah bergantung pada keputusan syarikat kereta itu sendiri.

Syarikat pembuat kereta akan meletakkan tangki minyak pada bahagian sisi yang paling mudah berpandukan reka bentuk bahagian bawah kenderaan buatan masing-masing.

Jurucakap Nissan turut memberitahu Demere, jika syarikat pembuat kereta dipaksa meletakkan tangki minyak pada satu posisi yang ditentukan, ia boleh mengganggu susun atur kompenan kenderaan jenama masing-masing.

Apabila tiada ketetapan atau undang-undang berhubung perkara ini, maka ia memberikan kebebasan kepada syarikat pembuat kenderaan. Begitupun, perlu diakui kedudukan tangki minyak yang berbeza-beza mengikut jenama ini menyukarkan pengguna.

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan Ford, para pengguna sebenarnya lebih memilih posisi tangki minyak berada pada bahagian pemandu.

Menurut soal selidik itu, kedudukan berkenaan memudahkan pengguna untuk mengisi minyak kerana berada berdekatan dengan bahagian tempat pemandu.

Dalam pada itu, Mental Floss melaporkan sebelum ini ada pembuat kenderaan cuba menawarkan penyelesaian menang-menang dalam isu ini.

Syarikat berkenaan meletakan posisi tangki minyak pada bahagian belakang kenderaan, menjadikan jarak kedudukan tersebut sama daripada kedua-dua sisi.

Bagaimanapun ia tidak memerlukan masa yang lama untuk pembuat kereta itu menyedari ia adalah satu idea yang sangat buruk. Salah satunya adalah impak apabila kenderaan dengan kedudukan tangki minyak seperti itu dilanggar daripada belakang.

Sungguhpun begitu, sebenarnya ada cara untuk menentukan kedudukan tangki gas anda, tanpa mengalihkan kedudukan anda dari tempat duduk pemandu.

Jika anda memerhatikan ikon pam minyak pada papan pemuka kereta anda, terdapat anak panah yang berada berdekatan dengan ikon tersebut.

Anda hanya perlu melihat mata anak panah tersebut bagi menentukan sisi manakah tangki minyak kereta anda berada.

BACA: Ramai Tak Tahu, Doktor Dedah Ini Sebab Sebenarnya Kenapa Suami Suka Bau Ketiak Isteri

Sumber: Mental Floss

 

The post Kejap Kiri Kejap Kanan, Kenapa Posisi Tangki Minyak Tak Sama Setiap Kereta? Ini Jawapannya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*