Khianat Api Rumah MP Beruas: Lelaki Ditahan Bukan Ahli Mana-mana Parti Politik

Lelaki Parti Politik khianat api

Khianat Api Rumah MP Beruas: Lelaki Ditahan Bukan Ahli Mana-mana Parti Politik

IPOH, 13 Jan (Bernama) — Lelaki yang ditahan kerana disyaki melakukan khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham bukan ahli mana-mana parti politik, kata Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

“Bukan ahli parti politik, kami juga masih menyiasat motif kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.

Mohd Yusri turut berkata pihaknya juga masih belum memperoleh keputusan air kencing lelaki berusia 30-an yang ditahan di Shah Alam itu.

Semalam, Mohd Yusri dalam kenyataan berkata lelaki itu ditahan kira-kira 4 pagi semalam dan direman hingga Selasa bagi membantu siasatan.

Polis turut merampas dua telefon bimbit dalam tangkapan tersebut dan semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Dalam kejadian awal pagi Rabu lepas, rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan molotov cocktail menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya, manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan.

BACA: ‘Made in Malaysia’ Pada Pintu Pesawat Alaska Airlines Timbul Tanda Tanya

Sumber: Bernama

The post Khianat Api Rumah MP Beruas: Lelaki Ditahan Bukan Ahli Mana-mana Parti Politik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*