Kekal Berkilat, Ini 3 Tips Jaga Cat Kereta

Kekal Berkilat, Ini 3 Tips Jaga Cat Kereta

Kereta sememangnya merupakan kenderaan serba guna dan paling banyak digunakan di atas jalan raya. Ia sering menjadi pilihan orang ramai kerana kebanyakan ruang kenderaan ini mesra keluarga.

Bukan sahaja itu, kereta juga dapat melindungi anda daripada cuaca yang tidak menentu seperti hujan dan panas terik. Berbanding motosikal, kereta juga dilengkapi dengan penghawa dingin yang membuatkan ia selesa untuk pemanduan jarak jauh.

Walau bagaimanapun, body kereta yang besar membuatkan ia mudah terdedah kepada kerosakan khususnya di bahagian luaran seperti calar dan cat kereta yang semakin pudar.

Lebih-lebih lagi, kereta anda sentiasa terdedah dengan cuaca hujan dan panas. Secara tidak langsung, ia membuatkan cat kereta anda semakin luntur.

Sekiranya anda mempunyai kenderaan sendiri, pasti yang anda mahukan terhadap kenderaan adalah untuk ia sentiasa kelihatan cantik, bersih, dan seperti baru.

BACA JUGA: Guna Tiga Bahan Je, Ini Cara Mudah Nak Hilangkan “Watermark” Pada Cermin Kereta

Jadi bagaimanakah cara penjagaan cat kereta agar ia sentiasa kelihatan bersinar? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian James_alatin di bawah.

Tiga Perkara Wajib Buat Kalau Nak Kereta Sentiasa Nampak Glossy

Dalam video yang dimuat naik di TikTok, lelaki terbabit menjelaskan terdapat tiga langkah yang boleh dilakukan oleh pemilik kenderaan untuk menjaga cat kereta.

Polish 

Gambar: TikTok James_alatin

Maklumnya dalam rakaman berdurasi 35 saat itu, perkara pertama yang wajib buat untuk penjagaan cat kereta adalah polish. Seperti yang diketahui kaedah ini bertujuan bagi memastikan kenderaan anda berkilat.

Wax Kereta

Gambar: TikTok James_alatin

Selain itu, anda juga boleh melakukan wax terhadap kereta agar ia kelihatan lebih bersinar. Walau bagaimanapun, langkah ini perlu diulang kembali dalam masa satu atau dua bulan sekali untuk hasil yang terbaik.

 Coating 

Gambar: TikTok James_alatin

Langkah yang ketiga bagi mengekalkan dan penjagaan cat kereta anda termasuklah dengan melakukan coating.

“Tapi kalau anda malas nak pergi buat wax dalam masa satu  hingga dua bulan anda boleh buat coating,” katanya dalam video tersebut.

Reaksi Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan komen positif dengan kandungan yang dimuat naik itu. Sebahagian daripada mereka turut menuai persoalan dan perbandingan terbaik antara kesemua kaedah tersebut.

@james_alatin

3 Tips Jaga Cat Kereta Anda Untuk Sentiasa Nampak Seperti Baru & Hansem #alatin #james_alatin #kereta #car #carmalaysia #tiktokmalaysia #education #cermin #cermingelap #tinted #tintedwindows #tiktokguru #polish #wax #coating #cat

♬ original sound – James_Alatin – James_Alatin

Untuk makluman, video ini telah mendapat lebih 60,000 tontonan, lebih 3,000 tanda ‘Suka’ dan komen daripada warganet sewaktu artikel ini ditulis.

Sumber: TikTok @James_alatin  

The post Kekal Berkilat, Ini 3 Tips Jaga Cat Kereta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*