Kekenyangan Telan Monyet, Ular Sawa Hampir 7 Meter Berjaya Ditangkap

ular sawa telan monyet

Kekenyangan Telan Monyet, Ular Sawa Hampir 7 Meter Berjaya Ditangkap

BALING — Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menangkap seekor ular sawa selepas kekenyangan menelan seekor monyet di Kampung Sera Ulu, Pulai hari ini, lapor Sinar Harian.

Menurut Pegawai APM Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Abd Aziz, penduduk menyedari kehadiran reptilia tersebut sewaktu hendak memberi makan monyet peliharaannya di belakang rumah.

Jelasnya, susulan kehadiran ular seberat kira-kira 80 kilogram itu, penduduk tersebut segera menghubungi APM sebelum berjaya ditangkap.

ular sawa telan monyet
Gambar: APM Baling

“Dalam keadaan cemas melihat monyetnya dibaham ular sawa, lelaki terbabit menghubungi talian kecemasan APM Baling untuk mendapatkan bantuan bagi menangkap reptilia itu.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan jam 7.30 pagi dan tiba di lokasi 15 minit kemudian,” maklumnya.

Tambah Mohd Faizol, sejurus tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati seekor ular sawa sepanjang hampir tujuh meter dan seberat 80 kilogram.

“Operasi dilakukan menggunakan peralatan khas dan akhirnya berjaya ditangkap sebelum dibawa ke pejabat APM Baling untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

BACA JUGA: Jadi Siulan Ramai, Penyanyi Asal Tampil Jelaskan Maksud Sebenar Lagu ‘Dawai’

Sementara itu, beliau menasihatkan orang awam agar berhati-hati dengan ancaman haiwan liar  dan sebarang kecemasan boleh menghubungi APM Baling di talian 04-4701626 (24 jam) atau 999 untuk mendapatkan bantuan.

Gambar: APM Baling

Katanya lagi, kes membabitkan ular semakin banyak diterima oleh APM khususnya bersaiz besar menceroboh masuk kediaman penduduk sekitar daerah tersebut. Lebih-lebih lagi akibat perubahan cuaca sejak kebelakangan ini.

Sebanyak 65 kes dilaporkan membabitkan ular yang diterima pihaknya termasuk tangkapan ular sawa, tedung selar, tedung senduk dan rusuk kerbau sepanjang bulan Oktober ini.

Bangkai Ular Sawa Gergasi Di Tepi Jalan Ladang Kelapa Sawit

Terdahulu, tular satu rakaman yang memaparkan penemuan bangkai seekor ular sawa gergasi di media sosial.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok yang bernama @asroyoy96 (Mohamad Asroy) ular tersebut dilihat berada di tepi sebuah jalan raya di sebuah hutan.

Menurut keterangan Mohamad Asroy, penemuan itu telah dibuat pada 9 Oktober yang lalu sewaktu dia dalam perjalanan ke kebun sawit di Kampung Pelong Setiu, Terengganu kira-kira jam 12 tengah hari.

Sumber: Sinar Harian

The post Kekenyangan Telan Monyet, Ular Sawa Hampir 7 Meter Berjaya Ditangkap appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*