Lee Chong Wei Bengang Dengan Lee Zii Jia

Lee chong wei bengang lee zii jia

Lee Chong Wei Bengang Dengan Lee Zii Jia

Datuk Lee Cong Wei dalam satu kenyataan semalam meluahkan rasa tidak senang beliau terhadap pemain badminton no.1 negara, Lee Zii Jia. Hal ini kerana, Lee Zii Jia dan jurulatihnya Wong Tat Meng cetuskan kontroversi yang tidak perlu.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM), mengeluarkan satu polisi buat pemain profesional untuk tidak mengenakan pakaian selain dari tajaan yang diterima BAM iaitu jenama dari Jepun, Yonex ketika berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

“Saya tak nampak apa-apa masalah tentang ini dari team profesional di bawah jurulatih Rosman Razak seperti Ong Yew Sin atau Teo Ee Yi bangkitkan isu ini.”

“Zii Jia dan jurulatihnya cuba menjadikan hal kecik ini menjadi besar.”

“Dia pentingkan diri dan hanya memikirkan dirinya saja dan tak ambil kisah tentang BAM dan pemain lain,” tambah Chong Wei.

Bekas pemain nombor satu dunia itu juga berkata, Lee Zii Jia yang buang BAM. Sekarang BAM beri peluang untuk beliau berlatih di ABM sehari dua seminggu. Dan kali ini Zii Jia nak buat masalah lagi.

“Dia pemain yang paling banyak isu. Lepas satu, satu masalah.”

“Kalau dia nak trainig kat situ, ikutlah peraturan. kalau tak nak, dia boleh training tempat lain.”

Sumber: Stadium Astro

BACA: Nahas Pesawat: Henti Kongsi Gambar, Video Atau Dikenakan Tindakan Undang-Undang

The post Lee Chong Wei Bengang Dengan Lee Zii Jia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*