Kempen #MamyPokoAgainstDengue Beri Manfaat Kepada 1,500 Keluarga di Lembah Klang dan Johor

MamyPoko bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada Hari Nyamuk Sedunia ini untuk menyokong keluarga yang tinggal di kejiranan tinggi risiko denggi

Petaling Jaya, 3 Ogos 2023 – Berikutan kes denggi yang terus meningkat di seluruh negara,

MamyPoko dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersatu hati dalam membanteras denggi sempena Hari Nyamuk Sedunia, satu acara antarabangsa untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya penyakit bawaan nyamuk.

Memulakan kempen #MamyPokoAgainstDengue, Eiji Yoshida, Pengarah Urusan Uni-Charm Group Malaysia dan Singapura berkata, “MamyPoko komited untuk membantu ibu bapadalam menikmati perjalanan membesarkan anak dan melihat mereka membesar dengan sihat. Kempen ini bertujuan untuk mengurangkan kerisauan yang kian meningkat membabitkan kes denggi dan menangani isu denggi yang mendesak, khususnya dalam komuniti rentan. Kami mahu ibu bapa berasa tenang, mengetahui anak kesayangan mereka terlindung daripada ancaman demam denggi.”

Sebagai sebahagian daripada khidmat bantuannya, kempen ini akan mengedarkan 1,500 pek baharu MamyPoko ANTIMOS Pants kepada pelbagai komuniti yang kurang berkemampuan di Lembah Klang dan Johor. Di samping itu, ia juga akan memberi sokongan kepada penduduk dengan mengadakan aktiviti pembersihan komuniti atau gotong-royong untuk menghapuskan tapak pembiakan nyamuk di kejiranan mereka.

Kempen #MamyPokoAgainstDengue pada kali ini dapat memberi manfaat kepada komuniti di PPR Seri Pahang, PPR Seri Pantai dan PPR Desa Rejang di Kuala Lumpur; PPR Taman Putra Damai di Lembah Subang, Selangor, serta PPR Taman Cendana di Pasir Gudang, Johor.

Mengulas kerjasama itu, JKM menghargai serta menggalakkan usaha muri jenama MamyPoko Malaysia yang menganjurkan kempen #MamyPokoAgainstDengue memandangkan masyarakat miskin bandar yang berhadapan dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barangan keperluan akibat tekanan inflasi global. Kempen ini diadakan tepat pada masanya, untuk melindungi keluarga, khususnya anak-anak kecil, daripada ancaman denggi yang terterusan. JKM mengalu-alukan syarikat korporat dan swasta untuk melaksanakan program CSR, serta program sebegini supaya ianya dapat disebar luas kepada lebih ramai kumpulan sasar JKM di seluruh Malaysia.

“Sememangnya ibu bapa mempunyai alasan yang kukuh untuk berasa bimbang, apatah lag dengan kadar penyebaran denggi yang semakin meningkat. Berdasarkan data dari Sistem Pencengahan dan Kawalan Denggi Kebangsaan, kanak-kanak berumur 0-15 tahun adalah amat rentan kepada denggi teruk dan komplikasinya seperti sindrom kejutan denggi, jelas Dr Yong Junina Fadzil, Pakar Perunding Paediatrik dan Kardiologi Paediatrik. “Sehubungan itu, amat penting bagi kita untuk terus berwaspada dengan memerhatikan simptom-simptom denggi, khususnya denggi yang teruk, yang lazimnya muncul selepas demam reda. Oleh kerana bayi yang kecil mungkin tidak menunjukkan gejala biasa seperti demam, disyorkan agar mana-mana kanak-kanak di bawah 6 bulan yang tidak sihat dibawa ke doktor.”

Susulan itu, Mira Filzah, duta jenama MamyPoko dan selebriti terkenal yang juga seorang ibu, berkongsi kebimbangan yang dirasai tentang keselamatan anaknya. “Matlamat utama setiap ibu dan bapa adalah untuk memastikan kesejahteraan anak-anak dan memberikan mereka perlindungan terbaik dalam semua aspek kehidupan.

Mujurlah ada MamyPoko ANTIMOS Pants, bau serai wanginya terbukti sangat berkesan menghalau nyamuk untuk tempoh yang lama. la benar-benar membuatkan saya rasa tenang kerana tahu anak saya mempunyai lapisan pertahanan tambahan terhadap gigitan nyamuk. Malah, saya menghargai betapa mudah dan ringkasnya untuk menggunakan produk ini – seperti slogannya, Sarung Jer, Nyamuk Tiada!”

MamyPoko ANTIMOS Pants diperkaya dengan ekstrak seri wangi semula jadi, menawarkan perlindungan yang lama terhadap nyamuk iaitu sehingga 8 jam selepas dipakai. Bahkan dengan Teknologi Berpaten Jepun dan Teknologi Big Dry Zone+ yang canggih, lampin seluar ini juga memastikan penyerapan dan kekeringan yang luar biasa selama 10 jam. Ini membolehkan bayi menikmati keselesaan optimum, bermain tapa ganguan dan mendapat tidur yang nyenyak, pada masa sama mereka terlindung daripada gigitan nyamuk.

Dr Yong Junina Fadzil menekankan bahawa ekstrak serai telah banyak dikaji dan ia terbukti menawarkan tahap perlindungan tertentu terhadap nyamuk Aedes”*. Oleh itu ia banyak digunakan dalam pelbagai rangkaian produk untuk menghalau nyamuk, termasuklah semburan, lilin, tampalan, losen, dan baru-baru ini, ia juga diadunkan ke dalam lampin.

MamyPoko ANTIMOS Pants, adalah alternatif bebas alkohol dan semula jadi, menawarkan pilihan yang selamat untuk menghalau nyamuk tapa penggunaan penghalau berasaskan bahan kimia seperti DEET yang biasanya ditemui dalam semburan nyamuk.

Selain menggunakan produk penghalau nyamuk, Dr Yong Junina Fadzil menegaskan betapa pentingnya ibu bapa mengambil langkah-langkah pencegahan yang menyeluruh untuk melindungi keluarga mereka. In termasuklah memakai baju berlengan panjang dan memastikan persekitaran di dalam mahu pun di luar rumah sentiasa bersih untuk menghapuskan rang yang berpotensi menjadi tempt pembiakan nyamuk.

The post Kempen #MamyPokoAgainstDengue Beri Manfaat Kepada 1,500 Keluarga di Lembah Klang dan Johor appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*