Cuba Masuk Dalam Gerabak, Oyen Jadi Punca Kereta Api Di Jepun Lewat 30 Saat

oyen kereta api lewat

Cuba Masuk Dalam Gerabak, Oyen Jadi Punca Kereta Api Di Jepun Lewat 30 Saat

Seperti yang diketahui, kucing seekor haiwan yang penuh dengan gelagatnya yang mencuit hati dan menarik. Ada sahaja “kelakunya” yang aneh bahkan hingga mendapat perhatian ramai.

Lebih-lebih, kucing yang berwarna oren atau digelar “King Oyen” antara baka yang paling popular kerana gelagatnya yang menceriakan orang ramai.

Oyen Buat Kereta Api Lewat 30 Saat

Baru-baru ini tular di media sosial seekor kucing ‘sesat’ menaiki sebuah kereta api di sebuah stesen di Jepun pada 10 Jun lalu. Susulan itu, ia telah menyebabkan penumpang kereta api yang melalui Laluan Kamaishi di Wilayah Iwate, Jepun mengalami kelewatan selama 30 saat.

Menerusi perkongsian seorang warga maya @c61_20an memaparkan seekor kucing berwarna oren cuba mencuri masuk ke dalam sebuah kereta api.

Dalam dua gambar yang dimuat naik itu menunjukkan seorang kakitangan kereta api itu cuba menghalangnya daripada memasukinya dengan menggunakan tangan.

oyen kereta api lewat
Gambar: Twitter @c61_20an

Walau bagaimanapun, si bulus itu degil dan tidak mengendahkannya untuk masuk ke dalam gerabak kereta api tersebut. Oleh itu, kakitangan terbabit terpaksa mengangkatnya keluar dari kabin itu.

BACA JUGA: Tak Biasa, Gelagat Oyen Pertama Kali Jejak Rumput Buat Ramai Terhibur

Gambar: Twitter @c61_20an

Gambar berkenaan memperlihatkan oyen seperti tidak mahu mengalah setelah diangkat keluar oleh kakitangan tersebut. Situasi itu sahaja menyebabkan kereta api tersebut lewat 30 saat dari waktu yang dijadualkan seperti biasa.

Sehingga kini, ciapan berkenaan telah mendapat lebih 29.5 juta tontonan dengan lebih 110,400 ribu ‘Retweets’ dan lebih 454,000 tanda ‘Suka’.

 

Kena Panggil, Oyen Terus Balik

Sebelum ini, SK turut melaporkan seekor kucing menjadi perhatian ramai setelah dimarahi tuannya dan terus berenang pulang ke rumah ketika banjir sedang melanda.

Ketika dipanggil, oyen telah siap berada di depan pagar rumah sebelum meluru berenang ke arah pintu masuk rumah tuannya. Uniknya, kucing itu seolah-olah tidak takut dengan air dan seperti sudah terbiasa dengannya tidak seperti kucing lain.

“Kuching banjir guys, oyen berenang,” tulis kapsyen yang dimuat naik di video perkongsian tersebut.

Sumber: Twitter @c61_20an

The post Cuba Masuk Dalam Gerabak, Oyen Jadi Punca Kereta Api Di Jepun Lewat 30 Saat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*